Blogger Layouts
Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Jumaat Pertama 2013

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk menikmati hidup di bumi Allah yang indah ni :D 

Baiklah, kali ni saya nak kongsikan satu ayat yang saya dapat dari facebook dan saya ingin kongsikan dengan anda semua. Ia adalah mengenai Hari Jumaat.


Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan 
Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, 
bermaksud: 

“Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ 
iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 
Katanya Rasulullah SAW bersabda: 

Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir 
(datang ke dunia) tetapi yang terdahulu 
(diadili) pada hari kiamat. 

Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, 
padahal mereka diberi kitab lebih dahulu 
daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. 

Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan 
kebenaran yang mereka perselisihkan itu
 yang Allah telah tunjukkan kepada kita 
iaitu Hari Jumaat. 

Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. 
Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi 
dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Alhamdulillah. Semoga bermanfaat ye ^.^

Selamat berhujung minggu ! :D

*Minggu depan dah mula Part II Semester 6. Makin busy,makin banyak kerja. Harap-harap semua perancangan berjalan lancar. Amin ;) *

Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Thursday, January 3, 2013

Islam Is The Way Of Life

Assalamualaikum :)


Jangan pernah jemu untuk 
berusaha dan berubah 
ke arah kebaikan. 
Jangan pernah putus 
berdoa dan tawakkal 
setelah berusaha ! :D

Sumber : SOFIA (Society For Islamic Art)

Semoga bermanfaat ^.^

Assalamualaikum :)

Saturday, December 1, 2012

Beliau Tidak Berharap Agar Penglihatannya Dikembalikan. Mengapa?

Assalamualaikum :)

Harini saya nak kongsikan satu video yang sangat menyentuh perasaan. Ia mengenai temubual seorang sheikh dan seorang budak lelaki yang buta. 

Walaupun buta, budak lelaki tersebut telah menghafaz Al-Quran ! SubhanAllah ! Sangat kagum dengan beliau. 

Tapi, antara kenyataan daripada budak lelaki tersebut yang membuatkan saya tersentak ialah beliau mengatakan..

"Saya tak pernah berdoa supaya Allah 
kembalikan penglihatan saya"

Mengapa beliau mengatakan sedemikian ? Jawapannya ada dalam video ini. Jom kita tengok :)


Dah tahu jawapannya ? Alhamdulillah ;)

Semoga ianya menjadi pengajaran untuk kita semua. InsyaAllah ^.^

Jumpa lagi.


Assalamualaikum :)

Thursday, November 22, 2012

Petua Imam Syafie

Assalamualaikum :)

Fuhh~ bersawang seketika blog smurfs ni~ Maaf ye rakan-rakan. Agak busy sikit maklumlah minggu pertama di semester baru. huhu Nak blogwalking pon tak sempat lagi ni >.<

Okay, memandangkan ada juga rakan-rakan blogger yang dah mula nak exam dan ada juga baru nak mula semester macam saya jadi saya ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk anda semua. 


# Harini negeri Johor cuti sebab birthday Sultan Johor. Jom kita berjimba ! hehe

Semoga bermanfaat. Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Sunday, November 18, 2012

Israel Mula Cari Dana Untuk Serang Gaza Lagi !

Assalamualaikum :)

Masih lagi berkenaan isu saudara kita di Gaza. Terbaru, yang saya peroleh dari facebook Aqsa Syarif adalah pihak Israel sedang rancak mengumpul dana untuk mengisi 'tabung' mereka.

Klik untuk tumbesaran :)

Ini saya print screen dari facebook saya sendiri gara-gara nak cepat update. huhu Link yang saya maksudkan ialah


Dalam link tersebut kita boleh lihat dan baca tentang segalanya mengenai Israel. Allahuakbar, bersungguh-sungguh mereka nak hancurkan Gaza. Semoga Allah melaknat mereka !

Kebelakangan ini juga dekat facebook ramai yang mempertikaikan  pasal boikot-memboikot ni. Ada yang sampai berkata macam ni ...

"Kenapa nak sangat boikot Mcd je? 
Kenapa tak boikot facebook,twitter sekali? 
Tu haa, laptop yang guna Intel tu, 
Israel jugak."

Tak kurang jua yang cakap camni ..

"Eleh, korang ni poyo je. 
Sekarang ni sibuk laa boikot ape bagai. 
Nanti Israel dah tak serang, 
korang bantai makan mcd tu jugak."

Okay, seriously saya bengang bila baca orang post camtu, huhu tapi nak buat macam mana, itu pendapat masing-masing. Setiap orang berhak meluahkan rasa masing-masing. Tak gitu?

Haa, okay~ sekarang ni baca pula pendapat saya. ;)

Pada saya, biarlah seseorang tu nak boikot Mcd sahaja. 
Paling tidak orang yang nak boikot tu ada niat yang 
baik untuk membantu saudara kita di sana. 
Bukankah kita selalu dengar, 

"Sesiapa yang hanya berniat untuk melakukan 
kebaikan walaupun tidak melaksanakannya, 
maka Allah berikan pahala kepada orang tersebut" 

SubhanAllah! 
Jadinya, bila kita nampak orang post 
seperti di atas tu, kita cuma bagi 
kesedaran dekat mereka. 
Jangan marah atau maki diaorang. 
Mungkin mereka tidak faham lagi. ;) 

Paling penting ! 
Sentiasa berdoa agar saudara kita yang 
berada di Gaza kuat serta tidak putus asa 
mempertahankan negara mereka. 
Amin ! :D

Okay, sehingga kita jumpa lagi.

# Psstt, esok saya dah mula naik semester baru. Final semester untuk diploma. Doakan saya ye ! ;)


Assalamualaikum :)

Saturday, November 17, 2012

Beri Bantuan Kepada Saudara Di Gaza

Assalamualaikum :)

Seperti yang kita tahu sekarang ni pihak zionis laknatullah begitu rancak sekali membedil saudara Islam kita yang berada di Gaza. Melalui info yang saya peroleh daripada facebook, jumlah rakyat Gaza yang syahid semakin meningkat. Tidak kurang juga yang cedera dek kerana terkena serangan daripada pihak zionis tersebut ! Allahuakbar !




Bekalan makanan, keperluan asas serta ubat-ubatan semakin berkurangan di sana. Jadi, kepada rakan blogger yang ingin memberikan sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda, bolehlah guna beberapa saluran ini.

Klik untuk tumbesaran

Seterusnya, jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan di sana, bolehlah rujuk dua sumber ini 



InsyaAllah, kita bantu mana yang termampu. Paling penting, jangan putus berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di sana. Semoga mereka lebih kuat untuk menentang pihak zionis laknatullah itu.

Kongsikan dengan rakan-rakan yang lain mengenai perkara ini. Semoga kita dapat membantu saudara kita di sana :)

Ustaz Pahrol dalam bukunya yang 
bertajuk "Beduk Diketuk". 

Sekurang-kurangnya, 
bila kat akhirat nanti, 
bila Allah tanya apa usaha kita, 
kita dah terlepas kerana 
telah berusaha utk membuat sesuatu. 

Allah tak tengok HASIL, 
tetapi Allah tengok apa USAHA kita.
(Sumber dari rakan facebook)
Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Friday, November 16, 2012

# 3 - Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum :)

Baiklah, ini adalah video terakhir yang saya akan kongsikan dengan anda semua berkenaan rancangan ataupun slot Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis iaitu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.


Alhamdulillah~ Selesai juga perkongsian saya mengenai rancangan ini. Ada 3 video semuanya. Semoga anda semua beroleh ilmu pengetahuan walaupun sedikit ;)

Jika sesiapa yang terlepas untuk menonton ketiga-tiga episod rancangan ini, bolehlah rujuk di sini ...



Akhir sekali, saya ingin mengajak anda semua supaya sama-sama doakan supaya saudara Islam kita yang berada di Gaza sentiasa dilindungi Allah swt dan semoga zionis laknatullah mendapat balasan terhadap perbuatan kejam mereka itu. Amin ~

Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Thursday, November 15, 2012

# 2 - Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum :)

Seperti yang telah dijanjikan semasa entry INI, jadi hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua episod kedua Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.

Mari kita tambah ilmu lagi yuk ! :D


Alhamdulillah~ Dapat input baru lagi. Haa, untuk episod ketiga belum ada kat youtube lagi. Kalau dah ada, saya share ye ^.^

Jangan putus doakan saudara kita 
yang berada di Gaza. 
Saya difahamkan keadaan di 
sana agak menyedihkan. 
Ya Allah! 
Bantu saudara kami di sana 
dan turunkanlah bala terhadap 
zionis laknatullah itu ! 
Amin ~

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Pray For GAZA - !! MUST READ !!

Assalamualaikum :)

Pertama sekali saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua rakan blogger. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan masih berkesempatan untuk menghayati keindahan bumi Allah ini :)

Bangun pagi tadi, bila buka facebook terus ternampak post ni ..

Gaza diserang lagi !
Angka korban semakin meningkat,
serangan dipercayai antara rancangan pemerintah 
Israel mencari modal sokongan sebelum 
Pilihanraya Israel yang dijangka akan 
diadakan pada bulan Januari 2013.

Terbaru, serangan yang berlarutan 
selama tiga hari memakan nyawa 
adik Biro Politik HAMAS Mahmoud Zahar; 
Ahmed Al-Jaabari.

Doa kalian umat Islam khususnya dipinta, 
mereka merancang Allah perancang 
dan rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.

Share untuk sebaran ! 
tidak sehina itu nyawa saudara
 kami dibunuh sesuka hati!

_____________________________________________

RECENT NEWS: 
Sumber Hebrew menukilkan dari komander 
tentera zionis menjangkakan serangan-serangan 
roket akan berterusan sehingga waktu siang. 
Menurut beliau lagi, pihak tentera 
telah memindahkan tentera simpanan, 
kereta-kereta kebal dan jentera perang, 
jentolak dari jenis D9, logistik kejuruteraan 
dan senjata berat ke sempadan Gaza. 

Unit tempur Gaza bersiap siaga 
sepanjang pagar keselamatan bimbang 
anggota-anggota jaringan pengganas 
melepasi pagar tersebut, menurut komander itu. 
Begitu juga telah bersiap sedia di 
sempadan Sinai, Mesir kerana 
khuatir dari sudut ini digunakan 
untuk operasi balas dendam.
_____________________________________________

RECENT NEWS: 
Menurut sumber hebrew, 
Naom Shalit bapa kepada Ghilat Shalid 
(tentera zionis yang telah ditawan di Gaza) 
berkata kepada siaran TV Israel, 
' sy sgt gembira dengan kematian Al-Ja'bari'.

“Dan jangan sekali-kali kamu mengira 
bahwa orang-orang yang gugur 
di jalan Allah itu mati; 
sebenarnya mereka hidup, 
di sisi Tuhannya mendapat rezeki.” 
(QS Ali Imran: 169)
___________________________________________

Allahuakbar ! Tersentap hati bila baca post ni T.T Sekarang ni dekat wall facebook, ramai rakan yang post gambar tentang keadaan kat sana. Antaranya ialah ..


Kanak-kanak kecil yang cedera di
Hospital As-Syifa, Gaza City.
Live from As-Syifa Hospital, Gaza. T.T
Bekalan perubatan dan darah semakin berkurangan
di Hospital. Mereka memerlukan bantuan kita.
Sejak semalam anggaran kasar yang dibuat,
pesawat-pesawat zionis telah melancarkan lebih
80 serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Live Chat dari Gaza:
Setiap bom yg jatuh.
Beliau terpaksa menenangkan anak-anaknya.
Allahuakhbar. Moga Allah hadirkan kekuatan buat mereka!

LATEST PHOTO: Bayi kecil berusia 5 bulan,
Fuad Hararah mengalami kecederaan akibat
pengeboman Israel di As-Shujaieyah pada jam
05:30 pagi ini.

Begitulah sedikit sebanyak info yang latest boleh saya kongsikan untuk anda semua. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lihat dan baca di Facebook Aqsa Syarif

Ya Allah ! 
Kau lindungilah rakyat Islam yang berada di sana. 
Jika mereka terkorban, 
maka ditempatkan mereka di sisiMu. 
Mereka adalah para syuhada yang berani 
menegakkan Islam walau terpaksa 
berkorban apa saja. 
Turunkanlah bala terhadap zionis 
laknatullah itu Ya Allah!
Berikan pengajaran kepada mereka !
Sesungguhnya Islam adalah agama yang kuat.
Amin Ya Rabbal A'lamin
Allahuakbar ! :(

Jangan lupa baca Qunut Nazilah dalam solat-solat kita!
Ya Allah selamatkanlah saudara2 ku di Palestin,
Syria, Arakan dan seluruh dunia!
Engkaulah sebaik-baik tempat kami bergantung..T.T
Kongsikan perihal ini dengan rakan-rakan yang lain. Teruskan berdoa untuk saudara kita di sana.

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Wednesday, November 14, 2012

# 1 - Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum :)

Fuhh~ 2 hari tinggalkan blog ni gara-gara masalah internet yang dihadapi. huhu 

Baiklah, semalam lebih kurang jam 7.30 malam, amatlah penuh dekat wall facebook / twitter tentang rancangan yang paling di nanti-nanti orang kebanyakkan umat Islam kat Malaysia ni. 

Apakah rancangannya itu? Haaa .....

Rakan saya bagitahu, kemah keming tu untuk sedapkan
ayat bila orang terengganu berbual. Maksudnya lebih
kurang macam 'hebat power'
Jika salah, betulkan ye? hehe :D

Rancangan ini adalah berbentuk rakaman ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) serta sesi soal jawab daripada pendengar yang berada di situ.

Ianya akan bersiaran pada 
13, 14 dan 15 November 2012 sedih,sebab 3 hari je :( 
pada jam 7.30 malam serta siaran ulangannya 
pada jam 11.00 malam pada hari yang sama. 
Jika sesiapa yang ada Astro tu, bolehlah tengok dekat 
Astro Oasis (106).


Kepada anda yang terlepas menonton Kemah Keming UAI semalam (13 November 2012), dekat bawah ni ada videonya. Saya peroleh dari youtube. hehe :D Jom ! Kita tambah ilmu sekejap. Lebih kurang setengah jam je videonya tiba part iklan tu,skiplah ye.hehe :)


Alhamdulillah~ Semoga kita dapat sedikit input dari video tersebut. Jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain ! :D

Untuk episod yang seterusnya, InsyaAllah nanti saya share lagi ye.

Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Sunday, November 11, 2012

Petua Ceria

Assalamualaikum :)

Firstly nak ucapkan maaf dekat para blogger yang dikasihi sekalian kerana saya masih ingin berkongsi gambar untuk anda semua. Ini adalah kerana saya belum rajin nak menaip entry baru~ hehe Idea banyak, tapi mood belum sampai boleh ke gitu?huhu.

Okay, perkongsian harini adalah mengenai .......

Klik untuk tumbesaran~

Jadi, kepada anda yang selalu / sikit-sikit / kad dang-kad dang ikut versi ahmad nisfu dalam nujum pak belalang.hehe ataupon jarang-jarang tak ceria tu, bolehlah amalkan petua tersebut. 

Moga-moga perjalanan hari anda lebih ceria dan bersemangat. Kalau hidup kita ceria, kerja yang kita lakukan juga akan lebih bermakna dan disenangi ramai. Betul tak? :D

Jika boleh, jauhkan diri dari sikap pemarah ataupun panas baran okay,saya pun tak suka orang macamni dan akan pastikan diri sendiri pon tak sebegitu >.< kerana ia akan membuatkan orang sekeliling terkena tempiasnya dan akhirnya orang sekeliling pon jadi panas baran. Ohh, tak mahu begitu ye rakan-rakan ;)

Andai kata satu hari tu anda bad mood yang teramat / sikit. 
Apa yang anda buat ye? Mari share dengan saya . 
Mana tahu saya pon boleh guna tips anda tu juga bila 
saya dalam keadaan yang sebegitu? Haa~ :)

Orite. Sampai sini sahaja. Jumpa lagi !

Assalamualaikum :)

Saturday, November 10, 2012

Petua Wajah Berseri

Assalamualaikum :)

Still nak kongsi info yang saya peroleh dari facebook juga. hehe :D

Klik untuk tumbesaran~ ;)

Sumber : Seperti yang terdapat pada gambar tersebut.

Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Thursday, November 8, 2012

Tujuh Perkataan Mulia ..

Assalamualaikum :)

Perkongsian untuk anda semua di pagi hari ini~ :D

Klik untuk tumbesaran :)
Semoga bermanfaat ye ! ^.^

Assalamualaikum :)

Tuesday, November 6, 2012

Surah Al-Falaq

Assalamualaikum :)

Jika sebelum ini saya dah kongsikan dengan anda semua mengenai Surah Al-Fatihah serta Surah An-Naas jadi kali ini saya akan kongsikan mengenai Surah Al-Falaq.
_________________________________________________________


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, 
lagi Maha Mengasihani.
__________________________________________________________


Katakanlah (wahai Muhammad); 
"Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan 
yang menciptakan sekalian makhluk,
__________________________________________________________


"Dari bencana makhluk-makhluk 
yang Ia ciptakan;
__________________________________________________________


"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
__________________________________________________________


"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang 
menghembus-hembus pada 
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
__________________________________________________________


"Dan dari kejahatan orang yang dengki 
apabila ia melakukan dengkinya".
__________________________________________________________

Alhamdulillah~ :) 

Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat memperbaiki bacaan kita terutamanya ketika solat. 

Menghayati surah yang dibaca dan faham dengan maksud surah tersebut akan membolehkan kita lebih khusyuk dalam solat. InsyaAllah ! :D

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Friday, November 2, 2012

Kelebihan Zikir Menurut Sunnah

Assalamualaikum :)

Ayuh rakan-rakan~ Dia hari Jumaat yang mulia ini, kita berzikir memanjatkan kesyukuran kepadaNya. 
(bukan hari Jumaat saja taw.hari lain pon kena buat macam ni jugak ye.hehe) 

Semoga kita sentiasa dilindungi olehNya, 
terhindar daripada malapetaka dan bencana 
serta akan menjadi seorang hamba Allah 
yang lebih baik di masa akan datang. 
Amin ! :D

Klik untuk tumbesaran :)

Wednesday, October 31, 2012

Belajar Dari Semut, Labah-Labah dan Lebah

Assalamualaikum :)

Di dalam Al-Quran ada terdapat banyak nama haiwan yang disebutkan di dalamnya seperti semut, lebah, lembu, unta, gagak, keldai, gajah, lalat, monyet, nyamuk, labah-labah, burung, kuda dan ikan. 

Namun begitu, terdapat 3 jenis haiwan kecil yang menjadi nama surah di dalam Al-Quran. Ia adalah An-Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah] dan An Nahl [lebah].

Jadinya entry kali ini adalah untuk membandingkan perihal 3 haiwan kecil ini terhadap kehidupan manusia.
__________________________________________________________


SEMUT

Mereka menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Dikatakan binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.


LABAH-LABAH 

Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], Ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan si jantannya ditangkap untuk dimakan oleh labah-labah betina. Telur-telurnya yang menetas saling bergaduh sehingga saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.


LEBAH

Ia memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [ An-Nahl; 16:68] . Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisien dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga. Lebah juga tidak menompok makanan. LEBAH menghasilkan lilin dan madu yang sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.


Melalui ketiga-tiga jenis haiwan tersebut, sikap kita juga dapat diibaratkan dengan haiwan tersebut

Ada yang berbudaya seperti 'SEMUT'. Sering menghimpun dan mengumpul harta, mencari ilmu yang tidak dimanfaatkan. Boros dan berpoya-poya adalah kesukaannya.


Entah berapa banyak pula jenis 'LABAH-LABAH' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa"


Rasulullah s.a.w mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'LEBAH'. Sesuatu yang tidak merosakkan dan tidak menyakitkan :" Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya"

Dan semoga kita menjadi ibarat LEBAH...


InsyaAllah ~ :D

Sumber : Layar Minda

__________________________________________________________

Tujuan saya kongsikan artikel seperti ini adalah supaya kita semua akan sentiasa ambil ikhtibar dengan apa yang ada di sekeliling kita. Tidak semua yang kita rasa buruk, adalah buruk semuanya. Mungkin ada jua sedikit kebaikan dalam keburukkannya. Tak gitu? hehe :D

Sesungguhnya setiap kejadian yang Allah 
cipta mempunyai maksud tertentu. 
Hanya manusia yang betul-betul 
menghayatinya akan faham tentang 
sesuatu kewujudan yang Allah 
cipta itu. ^.^

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

Tuesday, October 30, 2012

Kisah Bau Kasturi dan Zina

Assalamualaikum :)

Sebentar tadi saya ada terbaca tentang satu kisah yang saya rasa amatlah perlu untuk saya kongsikan dengan  anda semua. Kisah tersebut saya peroleh dari facebook INI :D Mungkin ada antara anda yang dah tahu/baca pasal kisah ini. Tapi tak mengapa. Saya kongsikan lagi sebagai peringatan dan moga-moga memberi pengajaran kepada kita semua.

Baiklah, mari sama-sama kita baca kisah tersebut ye.

_________________________________________________________

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
_________________________________________________________

SubhanAllah~ Begitu hebatnya Allah membalas amalan pemuda yang berani menolak zina sehinggakan najis yang pemuda tersebut sapukan pada seluruh tubuhnya tidak terkesan sama sekali malah Allah gantikan dengan bauan kasturi. (InsyaAllah,nanti saya buat satu entry khas berkenaan kasturi ini ye.Tunggu taw! :D)

Semoga Allah sentiasa kuatkan iman kita semua dan dijauhkan dari sifat-sifat mungkar. Amin~

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)