Blogger Layouts

Thursday, November 17, 2011

Pesan Rasulullah - Jangan Kahwin ...

Assalamualaikum , hye ! ^_^
kali ni ta na tulis apa2 , cuma na copy
paste sahaja .. ditujukan terutamanya
kepada kaum Adam .. :)
juga peringatan kepada kaum Hawa ..

JANGAN KAHWIN YANG 6

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, 
jangan yang ananah, yang mananah,
dan yang hananah dan jangan engkau kahwini
yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : Wanita yang banyak mengomen
      itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami
      untuk rumahtangga semua tidak kena dan tidak
      berpuas hati. 


2.Wanita Mananah : Wanita sebegini yang
     menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya
     mendabik dada dialah yang banyak berkorban
     untuk membangun rumahtangga. Dia suka
     mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk
     kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini
     bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji
     besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih
     sayangnya kepada suaminya yang lain,yang
     dikahwininya sebelum ini atau kepada
     anaknya dari suami yang lain dan wanita ini
     berangan-angan mendapatkan suami yang
     lebih baik dari suami yang sedia ada.
     Dalam kata lain wanita sebegini tidak
     bersyukur dengan jodohnya itu.Wanita
     sebegini yang mengkufuri nikmat
     perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan
     dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan
      dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
      keinginannya untuk memiliki barang itu dan
      memaksa suaminya untuk membelinya.Selain itu
      wanita ini suka ikut nafsunya.Wanita sebegini
      memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja
      dia mahu.Dia suka membandingkan dirinya
      dengan diri orang lain.Suka menunjuk- nunjuk.
      Wanita inilah yang menjadikan suami dulu
       handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : a) Wanita sebegini yang suka
       bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri
       bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-
       tujukkan kepada dunia.Suka melawa. Wangnya
       dihabiskan untuk membeli make-up,kasut
       dan barang kemas. Wanita begini juga
       suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
       isteri orang ternama dan menjadi pula ketua
       dalam kumpulan itu, orang lain tidak
       boleh mengatasi dirinya.

      b) Dia marah ketika makan dan tidak mahu
          makan kecuali sendirian dan
         diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : Banyak cakap, tidak menentu
      lagi  bising.Kebecokan itu juga menyebabkan segala
      kerja yang dibuatnya tidak menjadi,hanya tukang
      sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.


Nau'zubillah , harap-harap kita dijauhi
daripada menjadi antara golongan-golongan
wanita tersebut .. :) 


okay ,sampai sini saja ..
sehingga jumpa lagi ~ 
papai , Assalamualaikum ^_^




No comments: