Blogger Layouts

Saturday, February 4, 2012

Beliau - Kekasih Allah .

Assalamualaikum , hye ! ^.^
Post kali ni saya nak mengucapkan
Salam Maulidur Rasul kepada anda semua..


Seperti yang kita semua tahu ,
Maulidur Rasul ialah dari bahasa Arab
yang bermaksud Kelahiran Rasul , iaitu
kelahiran Nabi kesayangan kita ,
Nabi Muhammad s.a.w ..

12 Rabiul awal 
Tahun Gajah ( hari Isnin)
adalah tarikh yang amat istimewa .. kerana
Rasulullah lahir pada hari tersebut ..

Dekat bawah ni ada beberapa video yang
saya nak share dengan korang semua ..
Antara lagu-lagu yang saya suka dengar
tentang Rasulullah .. :)




Lagu yang first tu , kalau dengar rasa sayu je ..
wuuu~ T.T tetiba RINDU SANGAT
dengan Rasulullah ..

Walaupun Rasulullah tiada lagi , tapi ajaran
dan sunnah baginda InsyaAllah akan kekal
sepanjang zaman .. Sebagai umat akhir zaman,
sama-samalah kita berubah mengikut
cara hidup Rasulullah dan mengamalkan
sifat-sifat terpuji baginda ..

Dunia hanya sementara , 
Akhirat itu yang perlu dikejar .. 

Sampai sini sahaja .. sekali lagi ,
Salam Maulidur Rasul ..
sehingga jumpa lagi , papai~
Assalamualaikum ^.^

No comments: