Blogger Layouts

Wednesday, August 1, 2012

S.A.H.A.B.A.T



12 Sifat Sahabat Sejati 
Menurut Imam Al-Ghazali


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, 
ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, 
dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa 
wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan 
kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) 
daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut 
kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, 
ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, 
ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak 
meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,
ia akan meringankan kesusahanmu (membuat 
sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya 
ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya 
ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya 
ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan 
persahabatan.


via : Lea Baiduri :)

No comments: