Assalamualaikum :)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka
mencari ilmu maka
Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga,
dan sesungguhnya
para malaikat membentangkan sayapnya kerana redha
terhadap orang yang mencari ilmu.
Dan sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan
didoakan oleh mereka yang ada di langit dan di bumi bahkan
ikan-ikan yang ada di air.
Dan sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu
berbanding orang yang ahli ibadah seperti keutamaan (cahaya) bulan
purnama dengan seluruh cahaya bintang.
Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris
para Nabi, sesugguhnya para
Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham,
akan tetapi mereka mewariskan ilmu,
maka barangsiapa yang mengambil bahagian
untuk mencari ilmu, maka dia sudah
mengambil bahagian yang besar.
2 comments:
Perkongsian yang menarik..saya minta copy gambar ayat dekat bawah itu ye..terima kasih. :)
terima kasih :) boleh2~ silakan. ni semua pon saya google jugak. hehe :D
Post a Comment