Blogger Layouts

Tuesday, October 2, 2012

Maksud Al-Fatihah

Assalamualaikum :)

Entry kali ni ialah tentang surah Al-Fatihah. Mungkin ramai yang dah tahu tentang surah ini kerana kita sering kali membacanya terutama setiap kali pada waktu solat, sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, ketika mendengar berita kematian dan lain-lain. 

Tapi, berapa ramaikah di antara kita yang betul-betul faham dengan makna bacaan Al-Fatihah ? Ya, saya sendiri mengaku bahawa pada mulanya saya pun tidak ingat makna surah tersebut. Tetapi perkara sebegini kita kena belajar dan tidak harus kita abaikan, iye tak ? :) Okay, mari kita sama-sama belajar ye ~



A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, 
lagi Maha Mengasihani
__________________________________________________________

A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara 
dan Mentadbirkan sekalian alam
__________________________________________________________

A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
__________________________________________________________

A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan 
(hari akhirat)
_________________________________________________________

A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada 
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
________________________________________________________

A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
_________________________________________________________

A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan 
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang 
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) 
orang-orang yang sesat.
_______________________________________________________

Seperti yang saya pernah terbaca (di facebook mungkin), jika kita membaca Al-Fatihah dan faham maknanya, ianya akan membantu kita supaya khusyuk dalam solat. Ya Allah, ruginya kita jika solat kita tu tidak kita manfaatkan sebaik mungkin. 

InsyaAllah, lepas ni saya akan kongsikan dengan anda semua tentang surah-surah lazim yang lain pula ye. Semoga lepas ni kita akan lebih bersemangat ketika beribadah. ^.^

Pesanan saya, jangan malu untuk mencari ilmu, tambah-tambah ilmu yang berkaitan agama :D Dalam Islam juga pernah mengatakan bahawa menuntut ilmu itu satu ibadah ! Okay ? ;)

Sehingga kita jumpa lagi. 

Assalamualaikum :)

Sumber : Tafsir Al-Quran

2 comments:

Unknown said...

Mat Jo salah seorang manusia yang tak tahu makna Al-Fatihah, terima kasih kerana kongsi info nie, :)

Nur Afrina said...

Sama-sama. Takpe, kita belajar. Tak tahu,kita ambil tahu. Dah tahu,kita amalkan selalu~ cewahh. hehe :D