Blogger Layouts

Sunday, November 4, 2012

! ENTRY KHAS ! -Untuk Wanita-

Assalamualaikum :)

Sekali lagi diingatkan, 
entry ini adalah 
KHAS UNTUK WANITA ! 
Dan ianya dialu-alukan 
kepada lelaki yang ingin
 menambah ilmu pengetahuan 
mengenai perkara ini. 
Bukan yang nak gatal-gatal 
ye ! -.- 
*ini serius*

Baiklah, memandangkan ramai rakan blogger saya ni adalah perempuan/ wanita/ gadis/ anak dara/ ibu/ bakal ibu/ dan yang seumpamanya, jadi saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai perihal wanita. Nak diikutkan memang banyak sangat perihal wanita ni. Tapi tak mengapa, saya kongsikan yang mana dirasakan perlu ye? :D

Entry kali ini ialah mengenai SESUNGUT SENGGUGUT ataupun PERIOD PAIN.

Apa Itu Senggugut/ Period Pain ?


Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). 

Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.


Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. 

Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

Bagaimana Senggugut Berlaku ?

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.


Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.


Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


Baiklah, setakat ini sahaja yang saya akan kongsikan dengan anda semua. Sebenarnya banyak lagi berkenaan senggugut ni. Tapi mesti ramai tak nak baca. Sebab panjang sangat ! hehe :D

Tujuan saya kongsikan mengenai perihal ini adalah untuk tambahkan pengetahuan. Sebelum ni orang sebut je senggugut, sakit perut, sakit pinggang tapi tak tahu apa puncanya. huhu Saya pon baru tahu, kalau senggugut kita ni tahap teruk sangat, haruslah berjumpa doktor untuk check apa sebabnya.

Tapi seriously, kalau time senggugut, memang macam ni laa gayanya ~


Terguling-guling. Tergolek-golek. Kadang-kadang moody tak tentu pasal. Emosi tak stabil. Dan paling penting, nafsu makan tu kuat ! haha Ada juga rakan saya kadang-kadang time kena senggugut ni, nak bangon pon tak boleh. Sampai pucat-pucat muka. Alhamdulillah, saya tak sampai macam tu lagi. huhu :D

Pendapat saya, jika siapa yang dah berumah tangga tu adalah sebaiknya terangkan perihal ini kepada husband anda. Bukan apa, jika ada apa-apa jadi time tu taklah husband anda gelabah nanti. Dan paling penting ! Bila anda moody/ marah tak tentu pasal, takdelaa husband anda marah anda balik. huhu Mereka tak boleh rasa apa yang kita rasa tapi mereka boleh faham ;)

# Betul ke orang kata, senggugut ni baru 1/10 dari sakit masa bersalin ? huhu >.<''

Kalau macam ni punya perangai~haa,tahu la tu kenapa.hehe

Ohh, dekat bawah ni ada beberapa petua untuk menghilangkan sakit senggugut :

1. Minum teh panas + madu lebah
2. Minum air halia panas.
    (apa yg pasti elakkan minum ais kerana, setiap kali minum 
     ais semasa haid- senggugut jadi semakin serius)
3. Makan ubat tahan sakit (pain killer)


Jika anda ada petua lain, bolehkan kongsikan dengan saya dan rakan-rakan yang lain~ Ok ? :)

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

8 comments:

Miza Yusof said...

nice entry. kalau sengugut tahap terok kena dapatkan nasihat doktor. takut membahayakan kesihatan.

Nur Afrina said...

:Miza Yusof: yup~betul tu :) elakkan dari penyakit lagi teruk,huhu

shiyda said...

shiyda selalu sgt kna senggugut ni . dulu terok tapi skang dah ok sikit . hehe

Nur Afrina said...

:Shiyda: Alhamdulillah~ hehe :D apa petua boleh sampai hilang senggugut tu?

Badrina Ibtisam said...

Nice sharing lah.. Thanks for this entry. =)
Sy slalunya kena period pain masa hari prtama, kedua.. Hari sterusnya tu Alhamdulillah tkdelh kna period pain yg sakit sgt =')

Nur Afrina said...

:Badrina Ibtisam: Terima kasih :) Ohh,yeke? hehe~lebih kurang macam saya jugak. Alhamdulillah~

Nurul Aini said...

hehe..nice entry..perkongsian untuk semua wanita tapi alhamdulillah, saya jarang kena senggugut ni. Tapi kalau sekali kena sakit segala pinggang.

Nur Afrina said...

:Nurul Aini: Terima kasih :) hehe~betul2! bila tak sakit,Alhamdulillah.bila dah sakit. Aduhh~dugaan.dugaan. huhu >.<