Blogger Layouts

Thursday, November 1, 2012

Kerana Dia Seorang Ibu..

Assalamualaikum :)

Cerita ini saya bacanya di facebook (tak tahu siapa pencerita/sumber asal cerita ini.huhu). Tapi tak mengapa. Saya berkongsi supaya ia memberikan pengajaran untuk kita semua :D InsyaAllah~
__________________________________________________________

“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui…”
__________________________________________________________

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.


Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.


“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.


Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.

__________________________________________________________

Okay, taknak cakap apa-apa dah~ Sedih T.T wuu~

Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

11 comments:

Juwita Abd Latif said...

sedei....kasih seorng ibu...,

elyna mirsada said...

hurm pnh terbaca cerita cm ni tp si ibu tu tiada mata sebelah..berkorban utk ank gk..^__^,luv my mum

hainom OKje said...

Seorang ibu akan sentiasab kasih dengan anaknya

Nur Afrina said...

:Juwita: yup~ :')

:elyna mirsada: hehe.love my mom too :D

:OKje: betul ! saya setuju. :)

Awana Suzanna said...

sedihnye... tp xfhmm..ibu die yg dermakan lah ekh telinga tuk die ekh??

Nur Afrina said...

:Awana: yup~ betul tu.Ibu dia yang dermakan.Dan mula dari hari ibu dia derma tu,ibu dia tak pernah potong rambut jadi pendek sebab nak tutup cuping telinga yang tiada~ :( Besar sungguh pengorbanan ibu.

sHaRiNa eLyaNa said...

sdhnya...luv my moooommm

Nur Afrina said...

:Sharina: :)

ANNA MARIANA said...

sedih sgt.... pgorbanan ibu terlalu besar...

Nur Afrina said...

:anna: yup~betul tu :)

zuhdi sanusi said...

adoi., touching la plak stori nih.., hargai lah parent kite slagi mreka masih ader