Assalamualaikum , hye ! ^_^
okay~ ini adalah sambungan daripada
entry sebelum ni .. belum baca ? haa~
(KLIK SINI)
Seperti yang saya maklumkan dekat entry
sebelum ni ,pada 12/12/2011 , kak Norzaitul
akan bawa Bobo ke Klinik Vaterinar &
Surgeri Jawhari yang terletak di Pahang ..
(KLIK SINI) untuk mengetahui kat mana letaknya
klinik tersebut ..
Appoiment Bobo adalah pada pukul 5 petang ,
dan Bobo terpaksa ditahan di wad dan badannya
telah dimasukkan air ..ini kerana , keadaan Bobo
yang lemah, menyukarkan doktor membuat pemeriksaan..
Pada hari esoknya (13/12/2011) baru doktor akan buat
ujian tentang keadaan Bobo .. ada 3 jenis check-up,
1) Ujian darah untuk tengok status
darah merah & putih
2) Check penyakit hawar
3) Check penyakit HIV
Jika ketiga-tiga penyakit ini positif , masa yang lama
akan diambil untuk Bobo sembuh ..Tapi , kalau satu
sahaja yang positif , lain-lain negatif , InsyaAllah ,
Bobo akan cepat sembuh .. :)
Pada 13/12/2011 , kak Siti Norzaitul tak dapat melawat
Bobo kerana ada kerja yang perlu diselesaikan .. Jadi ,
beliau telah menghubungi pihak klinik untuk bertanyakan
keadaan Bobo , dan Alhamdulillah doktor mengatakan
Bobo sudah mula makan AD (nama makanan kucing)
tanpa perlu disuap .. Pada jam 4.00 petang pada hari
yang sama , doktor memberitahu result check-up
Bobo hampir semuanya positif .. T.T
Pada malam hari yang sama , kak Siti Norzaitul telah
menghantar post sebegini di wall Kami Sayang Kucing
| DOKTOR BGTAU KEADAAN BOBO
| LEMAH/DARAH MERAH KURANG/DARAH
| PUTIH LEBIH BYAK/LUKA2 SUMA TERUK
| DAN TIADA HARAPAN/KEADAAN BOBO
| KRITIKAL/ADA DISYORKAN UNTUK
| TIDURKAN BOBO SELAMANYA &
| PERBINCANGAN SELANJUTNYA ESOK/
| BOBO MMG X MAKAN..
| YA ALLAH SGT HIBA HATI.....SEMUA..
| TOLONG DOAKAN UNTUK BOBO..
| HARAP DAPAT BERJUMPA BOBO ESOK...
| SYG BOBO...BERTAHAN..TUNGGU CIK LIN...
| CIK LIN AKAN BAWA BOBO BALIK ESOK..
| SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN
| KEKUATAN INI...
aduhh~ sedih bila baca status kak Siti Norzaitul .. :(
Mungkin beliau pon ta sangka Bobo boleh kritikal..
sebab petang tu Bobo elok je ..
Kak Siti Norzaitul pon ada bagitahu , majoriti doktor
yang beliau jumpa , hampir semua syorkan supaya
Bobo ditidurkan selamanya .. Ya Allah , sayunya bila
dengar macam tu .. Tapi , kak Siti Norzaitul ni tabah
orangnya .. beliau tidak akan putus asa .. dan akan
berusaha untuk merawat Bobo dengan cara sebelum ni..
iaitu jaga Bobo dengan 100 % perhatian ..mandikan ,
suap susu , suap makan , dan letakkan ubat pada badan
Bobo ..
Saya juga harap agar Bobo tak ditidurkan ..
Kita usaha dahulu sampai mana yang terdaya ,
dan serahkan segalanya kepada DIA ..
Sesungguhnya hanya DIA sahaja yang berhak
atas makhluk-Nya .. dan setiap penyakit itu
ada ubatnya .. dengan usaha dan doa , InsyaAllah
akan berhasil ..
Saya dan rakan lain-lain
akan sentiasa mendoakan
kesihatan Bobo ..AMIN~
okay , sampai sini sahaja ..
saya masih menunggu berita terbaru daripada
kak Siti Norzaitul mengenai Bobo ..
apa-apa berita , saya akan update nanti ..
papai~ Assalamualaikum ^_^
1 comment:
sedih'y.. :'(...bobo,smoga bobo cept sembuh yer... :'(
Post a Comment