Blogger Layouts

Friday, December 16, 2011

One Of My Plan .

Assalamualaikum , hye! ^_^ 
Kali ni saya nak share satu entry ..
diingatkan , post ini tidak ada kena
mengena antara saya atau sesiapa..
huhu .. sekadar berkongsi ~ :)

Walimah Kita Nanti .


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Mengasihani
Ku tujukan warkah ini buat bakal zaujku 
yang aku masih belum pasti siapakah orangnya 
cuma aku hanya ingin memesan sesuatu 
yang sangat penting bagiku. 
Semoga kau memahaminya.


Duhai bakal zaujku

Inginku memesan sesuatu kepadamu. 
Sungguhku mahu kau ketahui bahawa akulah 
orang yang sangat bahagia ketika walimah kita nanti. 
Sungguh daku menantikan saat ini dari tempoh yang 
lama dahulu andai kau ketahui dan fahami.

 

Apa yang daku ingin tekankan di sini adalah tentang 
moment kita nanti. Walaupun bukanlah ia satu keperluan 
tetapi pasti, daku ingin segala memori walimah kita dipaterikan 
dalam bentuk foto juga video. Mana mungkin walaupun 
daku seorang jurufoto, pasti mahu walimahku dilakarkan 
kenangannya untukku tatap di masa hadapan sebagai 
kenangan saat berbahagia kita mula bertemu. 
Mulakan hidup baru sebagai suami isteri, 
kau halal bagiku juga daku halal bagimu. 
Segala sentuhan mendapat pahala daripada dosa yang 
menambah murka-Nya.

 

Duhai bakal zaujku

JANGAN kau biarkan daku dinoda jurufoto lelaki 
yang akan menangkap gambar kemesraan kita yang 
akan memalukan diri ini juga akan mencemari permulaan
hidupku sebagai isterimu. Kemesraan antara kita biarlah 
menjadi rahsia kita dan Allah, tak perlu ia dicemarkan oleh 
orang lain yang ajnabi bagiku juga dirimu.

Pertahankanlah daku daripada bersalaman dengan lelaki 
ajnabi yang berada dalam kalangan keluargamu. 
Daku terlalu takut jari jemari yang mulus ini bersentuhan 
dengan lelaki ajnabi yang haram menyentuhku selain 
daripada menyentuh dirimu yang halal bagiku.

Fahamilah daku jika daku kelihatan malu untuk 
bergambar bermesra-mesraan denganmu agar 
maluku tidak berkurang, juga imanku tidak dicemar 
hanya kerana ingin merakam gambar untuk tatapan 
kita pada masa akan datang.

 

Duhai bakal zaujku
Dahulu daku sering tertanya-tanya juga daku risau,

"Adakah pengantin yang bersanding pada waktu 
Zuhur sudah menunaikan solat sebelum bersanding?"

Dan hari ini kita akan disandingkan selepas Zuhur, 
daku berharap kau akan terlebih dahulu menunaikan 
solat sebelum itu agar ia menjadi permulaan yang baik 
kepada kita dalam meniti hidup bersama. Daku tidak 
permulaan kita dicemari hanya kerana kita ingin bersanding. 
Lebih ku rela tidak bersanding daripada meninggalkan suruhan-Nya. 
Sebaiknya solatlah secara berjemaah, 
insyaAllah lebih ganjaran dan keberkatan-Nya.


"Peliharalah kehormatanku sebagai isterimu di kala walimah 
kita nanti agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita 
dalam meniti hidup bersama."


Sumber daripada Ilmi-Islam ^_^

No comments: