Blogger Layouts

Wednesday, December 21, 2011

Ya Allah , Selamatkan Dia . (4)

Assalamualaikum , hye! ^_^


Kali ni punya post , agak sukar untuk
saya kongsikan dan maaf kerana
sedikit terlambat untuk memberitahu
anda semua ..

Pada 18/12/2011 , kucing yang disayangi
dan mendapat perhatian semuaaa orang
terutama kepada kak Siti Norzaitul ,
yang diberi nama Bobo , telah meninggal
dunia :( 

Sayunya bila dapat tahu berita ini dari kak
Siti Norzaitul .. Allah lebih sayangkan
Bobo , sudah tiba masanya Bobo
pergi ......


Seperti yang kak Siti Norzaitul cerita ,
pada malam  terakhir sebelum Bobo
meninggalkan Kak Siti Norzaitul ,
Bobo selalu gerak-gerakkan ekornya..
bila dia nampak kak Siti , dia berusaha
nak bangun dan masih nak disuapkan makan..
dari jam 8.00 malam keadaan Bobo mcm tu..
Bila kak Siti tengok Bobo tidak seperti hari-hari
biasa , terdetik dalam hati kak Siti Norzaitul,
"kenapa dgn Bobo ni?"

Akhirnya jam 12 tengah malam kak Siti ikhitiarkan
usaha yang beliau fikir akan meringankan penderitaan
Bobo..Kak Siti bacakan Yasin dan buat solat hajat
untuk Bobo dengan harapan semoga Allah pulihkan
kesihatanya sepeti dulu dan hilangkan penderitaan Bobo..

Tetapi jika keadaan sebaliknya dan bertemu Yang Esa
adalah penamatnya..beliau sudah redha..tetapi yang
membuatkan kak Siti Norzaitul sangat sedih ,
pada jam 7.00 malam adalah kali terakhir kak Siti
suapkan minuman pada Bobo..Bobo habiskan air
Yasin dengan banyak dan luahkan makanan2 lain..
Kemudian kak Siti Norzaitul tinggalkan Bobo
kerana ada urusan..Bila kak Siti balik semula untuk
suapkan makanan , Bobo dah tiada.. T.T


Ya Allah , mungkin Bobo tahu yang dia akan
pergi , jadi Bobo sanggup menghabiskan air Yasin
yang diberi oleh kak Siti Norzaitul ..Semoga
Bobo aman di sana ..

Kepada kak Siti Norzaitul , saya tahu akak
kuat .. sebagaimana kuat dan tabahnya akak
semasa membawa Bobo untuk menerima 
rawatan , saya harap begitu juga sekarang ..
akak kuat dah tabah untuk menerima
pemergian Bobo .. agak berat sekali untuk
menerima kenyataan , tapi itulah hakikatnya ..

Saya dan yang lain mendoakan agar
segala usaha akak selama ini akan dibalas
oleh Allah .. AMIN~

Terima kasih akak , kerana menjaga
Bobo sehingga akhir hayatnya ..

Ini adalah post terakhir mengenai Bobo ..
Saya TIDAK AKAN remove cerita tentang Bobo
ni dari blog saya .. kerana , ini sahajalah
kenangan yang Bobo tinggalkan untuk kita
semua ..


Berikut adalah kenangan / cerita tentang
Bobo .. dari mula Bobo sihat , Bobo
sakit dan akhirnya sampai Bobo pergi ..

Ya Allah . Selamatkan Dia . (1)
Ya Allah . Selamatkan Dia . (2)
Ya Allah . Selamatkan Dia . (3)

Anda HERO kami BOBO !
-RIP-

Sampai jumpa lagi , papai~
Assalamualaikum ^_^

3 comments:

Anonymous said...

cedey giler..

Anonymous said...

sedih....mengalir air mata m'baca kisah bobo...kpd tuan bobo,,tabahkan hati...

Jannah Latif said...

cdey :'(