Blogger Layouts

Sunday, December 11, 2011

Ya Allah , Selamatkan Dia .

Assalamualaikum , hye ! ^_^
Untuk entry kali ni , saya nak share pasal
seekor kucing , yang diberi nama BOBO ..


Bobo ni sebenarnya spesies kucing jalanan ..
Lokasi : Temerloh , Pahang ~ 
Even kucing jalanan pon , tapi sebenarnya
kucing-kucing cmni pon manja sebenarnya taw ..
mungkin lebih manja daripada kucing  yang 
selalu kita bela dekat rumah .. :)


dengar sahaja namanya , mesti anda terbayang ..
" Wahh , mesti gemok + comel + manja kucing
ni kan? " yupp! semestinya .. :) mari , kita
lihat sikit gambar kucing yang dimaksudkan ..

ZzzZzz .. Jangan Ganggu Saya ..hihi

amboii~ best nya tido !

alololo~ macam-macam gaya ye bobo..

Cute kann? Suka nya bila tengok kucing yang 
manje2 camni >.<'' huhu 
Mesti anda tertanya-tanya , " kata kucing
jalanan , macam mana pulak boleh tidur kat 
kerusi cantik ni? Siapa pulak yang  bela ?  " 

Okay .. sebenarnya , kucing ni selalu datang 
makan dan bermanja dengan kak Siti Norzaitul ,
Pada satu hari tu , akak ni perasan , Bobo
dah lama tak datang .. Rupa-rupanya , Bobo
sakit ! Ya , untuk pengetahuan anda ,
kucing selalunya macam tu .. kalau
sakit , takkan tunjuk dekat orang ..Mereka
akan membawa diri dan cuba untuk merawat
sendiri sakit pada diri mereka..

Luka di muka Bobo ..

Ubat yang telah diletakkan pada Bobo
untuk mencegah luka daripada mereba
k..

Memandangkan kak Siti Norzaitul memang
ambil berat dekat Bobo , so~ kak Siti Norzaitul
bawa Bobo balik ke rumah untuk rawat luka 
Bobo ..Pada mulanya ,luka pada Bobo macam 
kudis je .. Tapi , Allah lebih mengetahui .. Luka
Bobo masih tidak sembuh .. Lalu , kak Siti Norzaitul
bawa Bobo untuk berjumpa Veterinar ..
Rupanya , Bobo menghidap penyakit HIV kucing ..
Tapi jangan risau , virus ini 
TIDAK BERJANGKIT
PADA MANUSIA ..

Luka pada mata Bobo ..

Mula merebak ke tempat lain ..

Kuku dan jari Bobo pon sudah teruk lukanya ..

Sakitnyaa >.<''

Ini adalah gambar Bobo lepas pertama
kali jumpa veterinar .. T.T

Setiap minggu Bobo akan di bawa ke klinik
untuk mendapatkan suntikan agar kuman dalam 
luka Bobo mati .. Pedihnya penderitaan Bobo ..
kita ni baru kena inject masa darjah satu dulu pon
ada yg menangis + demam lagi , apa lagi kalau
kena dekat si Bobo comel ni .. :( 

Bila dah masuk minggu kedua , luka di badan
Bobo mula sembuh .. luka yang bernanah dan
busuk mula kering , bulu atas kepala Bobo mula
mengelupas dan tumbuh bulu baru ..

Dekat bawah ni pulak antara ubat-ubatan yang 
diberi oleh doktor untuk diberi makan / disapu
pada Bobo ..

Ubat antibiotik dan ubat tahan sakit ..

Minyak , kapas serta alatan yang  digunakan
untuk merawat Bobo ..

Bobo , be stong my dear ! :)
Dekat atas ni pula antara gambar terbaru Bobo ..
Bobo akan dimandikan seminggu sekali dengan air suam
supaya badan Bobo akan sentiasa bersih ..
Kon keselamatan dipakaikan dekat leher Bobo 
untuk mengelakkan daripada Bobo menjilat badan
dia .. Memandangkan kaki Bobo sakit , jadi kak
Siti Norzaitul letakkan alas macam pampers untuk 
memudahkan pembersihan sangkar Bobo nanti ..

Masa mula-mula sakit dulu , Bobo tiada selera makan 
dan minum .. Tapi , kebelakangan ni , Alhamdulillah ..
Bobo dah tunjukkan perubahan positif .. dia mula minum
susu / air walaupun perlu disuap ..

Bobo suka kacau bila kak Siti Norzaitul buat kerja .. 

Seperti yang diketahui , pada hari Isnin (12/12/2011) ,
Bobo akan dibawa berjumpa veterinar  untuk minggu
yang ketiga dan ujian darah akan dibuat sekali lagi ..
InsyaAllah , kami mendoakan yang terbaik dan semoga
Allah memudahkan perjalanan kak Siti Norzaitul untuk
ke sana nanti .. 

Ohh~ sebelum terlupa , jika ada sesiapa yang ingin
memberikan bantuan dari segi kewangan boleh lah
bank in kan bantuan anda itu ke Maybank , atas nama
(Siti Norzaitul Sima Saidin) - 164017084351
dan tidak lupa juga jika anda ingin bertanya / mengetahui 
berita tentang Bobo , boleh lah add facebook kak
Siti Norzaitul ( KLIK SINI ) 
ataupun ke group Kami Sayang Kucing ( KLIK SINI )

SPECIAL DEDICATED :

Kepada kak Siti Norzaitul
hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala 
penat lelah dan pengorbanan akak sepanjang menjaga 
Bobo dari dulu hingga sekarang ..
Walau kami tidak mampu membantu dari 
segi kewangan ,insyaAllah , kami akan membantu 
untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Bobo , 
akak dan keluarga .. AMIN~ :)

Kepada Bobo , 
Anda kuat sayang .. Jangan putus asa ,
insyaAllah , Bobo akan sihat seperti biasa .. Bobo ada
tuan yang sayangggg sangat-sangat-sangat dekat Bobo ..
Dia rindukan Bobo yang manja + bijak + comel mcm dulu..
Kuatkan semangat , Bobo ! :D

okay , sampai sini sahaja cerita pasal Bobo ..
InsyaAllah , kalau ada apa-apa perkembangan 
pasal Bobo , saya akan share dekat sini ..


Jumpa lagi , papai~ Assalamualaikum ^_^

3 comments:

Anonymous said...

hmmm.. sgt sedey kan?? moga2 bobo cepat baik.. akak yg bela bobo pon dh lama x update status pasal bobo.. may be saya yg jarang buka page kami pencinta kucing.. huhu.. apapun, get well soon bobo.. we will pray 4 u my dear.. =')

Anonymous said...

ganjaran yang sebesar-besarnya daripada Allah Taala untuk insan bernama kak siti nurzaitul

Anonymous said...

seriously,mmg sedey..mgalir air mata bce.. hope bobo cpt sembuh