Blogger Layouts

Sunday, May 20, 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah .

Assalamualaikum, hye ! ^.^
Maaf lama tak update blog. Gara-gara sibuk
dengan praktikal. hehe

Okay, post harini saya nak share dengan anda
semua tentang makanan. Bukan makanan yang
semua orang suka makan ye, tapi makanan 
kegemaran Rasulullah s.a.w :)

Jom-jom kita tengok apa agaknya makanan
kegemaran Nabi kesayangan kita ni :D

1. BARLI



Makanan ini bagus ketika demam kerana ia boleh
menyejukkan badan dan boleh mencegah serta
merawat batu karang.

2. KURMA



Bagi yang  beragama Islam semestinya anda semua 
sedia maklum tentang khasiatnya. Sehingga Nabi 
sendiri pernah berkata, "Rumah yang tidak mempunyai 
kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan."
Kurma juga adalah salah satu buah yang berasal dari
syurga dan dapat menghindarkan pengaruh sihir.

3. BUAH TIN

 

Buah ini juga adalah salah satu buah yang berasal
daripada syurga. Ianya boleh digunakan untuk
mengubati buasir serta bermanfaat untuk sakit-sakit
badan. Buah ini juga boleh melegakan batuk yang
berpanjangan.

4. ANGGUR


Ia mengandungi vitamin C yang tinggi termasuk
juga vitamin A, B1 dan B2 (sila search sendiri apa
makna vitamin tersebut di Google. haha xD). Anggur
juga mempunyai 80% air dan sumber yang bagus 
bagi kalium.

5. MADU


Ia boleh mengembalikan kekuatan tubuh, serta
membersih dan menambah darah dalam diri kita.
Bagi wanita, madu boleh menambah kejelitaan
paras rupa serta tubuh badan yang menarik. 
Bagi lelaki pula, madu akan menjadikan anda
lebih tampan dan kelihatan muda.

6. TEMBIKAI


Ia adalah buah yang boleh meransang pertumbuhan 
gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, 
menambahkan air pada tulang belakang dan boleh
membersihkan kulit.

7. SUSU


Nabi berkata susu baik untuk membuang panas 
badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. 
Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui 
pandangan mata dan membuang kelupaan.

8. CENDAWAN

 

Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said 
bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: 
"Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: 
Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang
 amat istimewa) dan dapat mengubati mata." Selain itu,
cendawan juga boleh meningkatkan ketahanan badan.

9. MINYAK ZAITUN

 

Vitamin E yang terdapat dalam minyak ini boleh
merendahkan kolestrol, tekanan darah serta risiko
jantung. Minyak ini juga boleh menguatkan rambut
serta badan. Selain itu, minyak ini juga boleh
mencegah kanser.

10. DELIMA


Buah ini dapat menghalang sel-sel kanser untuk
menyerang kita. Ia juga boleh membersihkan tubuh 
dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
Delima juga boleh mencegah serta melambatkan
penyakit Alzheimer.

11. CUKA


Antara khasiat cuka adalah boleh mengubat penyakit 
kuning, membersihkan perut serta mencegah penyakit
bengkak-bengkak. Nabi selalu meminumnya dengan 
minyak zaitun (Trend yang populardi restoran Itali).

12. AIR


Dengan meminum banyak air, ia boleh mengurangkan
berat badan. Seterusnya dapat menghindar daripada
terkena penyakit batu karang. Air adalah minuman
yang terbaik bagi semua orang. Jika dahaga hendaklah 
disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat 
sakit pada hati.

Okay, itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan 
anda semua :) Segala info adalah dari segi Sains dan
pandangan Islam. Semoga kita sama-sama beroleh
manfaat darinya.

Sehingga jumpa lagi, papai~
Assalamualaikum ^.^

No comments: