Blogger Layouts

Sunday, April 22, 2012

Novel .


Assalamualaikum , hye ! ^.^
Maaf lama tak update. Sebenarnya takde idea
nak update pasal apa, hehe. Okay, sekarang
dah ada idea. Harini nak update pasal novel !

Yeahh~ Menurut Kamus Diri Sendiri , novel
ialah buku yang tebal-tebal, yang suka dibaca
oleh kaum Hawa (majoritinya) dan kaum Adam
(minoritinya), hehe

Novel yang saya rasa BEST dan nak share
dengan anda semua ada 4.
Yang pertama ialahhh . . .


ANDAI ITU TAKDIRNYA 
Jom review sinopsis novel ni pulak ~

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatar
belakangkan keluarga sederhana, dalam diam 
menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh 
korporat yang ternama yang juga merupakan rakan 
sekuliahnya di universiti di United Kingdom, 
Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang 
tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan 
kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di 
singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang 
mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup 
pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri 
yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? 
Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? 
Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan 
orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga 
jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. 
Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, 
begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan 
anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim 
sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka 
tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar 
cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. 
Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. 
Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih 
antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, 
sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. 
Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, 
bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada
 Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon 
dianggap sebagai kekasihnya. Namun, 
di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. 
I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...
musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. 
I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. 
I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. 
Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, 
Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang 
hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir 
menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. 
Kembalilah sayang, kembalilah. 
Jangan teruskan perjalanan itu. 
Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. 
Hentikan perjalanan itu sayang, 
pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang 
diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. 
Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. 
Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini 
kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. 
Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam 
dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, 
tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak 
dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. 
Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. 
Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, 
hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego 
dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai 
cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan 
menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. 
Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. 
Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 

Novel yang kedua , *bunyi drum*



LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Sinopsis nya pulak ~

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh 
bapa kandungnya sendiri. 
Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau 
menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan 
isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah 
hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. 
Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk 
kembali semula ke pangkuan keluarganya namun 
kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam 
terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai 
anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan 
Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah 
jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap 
tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk 
menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, 
jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu 
itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan 
kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang 
syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. 
Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu
 menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak 
boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut 
akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata 
Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan 
terhadap dirinya.

Tengku Hashim, 
bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi 
gadis malang ini. Manusia hanya mampu 
merancang namun perancangan Yang Maha Esa 
lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan 
nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat 
satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. 
Apakah wasiat beliau itu? 
Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan 
dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus 
menagih kasih dari bapanya?Begitu utuhkah api 
kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? 

Okay, jom beralih ke novel yang ketiga . .

 

CINTA KAU DAN AKU
Sinopsis novel ini ~


"Apa jadi driver? 
Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke 
kat tempat kerja Milah tu sampaikan 
jawatan driver pun kau terima? 
Dah-dah, balik kampung aje. 
Tolong mak kat warung lagi bagus. 
Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. 
Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk 
memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya 
sudah mula menyukai awak, adakah awak 
akan berubah fikiran dan menerima saya?" 
soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu 
sayang yang abang sungguh bahagia dapat 
menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh 
terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, 
abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah 
masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan 
suara yang amat dikenalinya. Suara yang 
sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan 
dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, 
suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. 
Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar 
suara itu lagi. Bukankah suara itu yang 
telah merobek hatinya? 
Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Seterusnya , novel yang terakhir . .


7 HARI MENCINTAIKU
Sinopsis novel ini pula ~


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. 
Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? 
Hei Khuzairi kau dengar sini. 
Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! 
Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! 
Sedar-sedarkanlah diri kau tu. 
Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. 
Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. 
Buat tak reti bahasalah pulak. 
Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata 
aku ni sampai mati ! So... apa kata kau berambus sekarang ! 
Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau 
sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis 
bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama 
menjadikan dia seorang perindu yang setia. 
Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini 
menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau 
sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di 
lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi 
mendengarnya, namun demi satu amanah 
Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu 
amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? 
Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, 
sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, 
hidup ini ibarat putaran roda, 
satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu 
akan memamah dirinya sendiri. 
Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini 
belum terpadam lagi buat dirinya.


Orite, itulah empat-empat novel yang saya
nak kongsikan dengan anda semuaa :)
Sejujurnya,saya baru perasan, novel yang 
saya kata BEST kat atas tadi, rupanya
penulis dia orang yang samaa ! :O
Siti Rosmizah ! huhu~ patutlaa cerita pun
macam lebih kurang je. Papepon,
tetap THUMBS UP ! :D

Kalau korang rasa nak layan jiwang, nak
tangkap leleh,nak air mata tu jadi air hujan,
leh la try novel ni. hehe serius best saaangat!

Okay,sampai sini saja. InsyaAllah, lepas
ni nak update pasal novel-novel thriller
karya Ramlee Awang Murshid.
Yang ni,memang betul-betul favorite punya!
hehe. Sehingga jumpa lagi ~
Papai, Assalamualaikum ^.^

No comments: