Blogger Layouts

Saturday, April 14, 2012

Bayi dan Al-Quran


Assalamualaikum,hye ! :)
Jumpa lagi kita ye. Wahh~ pecah rekod ni.
Satu hari update blog dua kali. hehe. Kalau
sebelum ni saya update pasal nasyid. Kali ni
pulak saya nak share pasal video yang
berkaitan dengan Islam juga. Dan lebih tepat,
berkaitan dengan pegangan kita umat Islam
iaitu Al-Quran. Jom kita tengok~


SubhanaAllah, indahnya hidup adik Darwish Adrian ni.
Dari kecil dah diajar untuk membaca Al-Quran. :')
Dekat bawah ni saya cerita sikit pasal bagaimana
anak kecil ini dididik untuk mengenal Al-Quran.

  Ketika berumur 6 bulan, Darwish telah diajar
  mengenai huruf hijaiyah (Alif-Ba-Ta)
  Dan apabila usianya 1 tahun, dia telah mengenal
  huruf-huruf tersebut.
  Pada umurnya hampir 3 tahun, dia mula membaca
  Al-Quran (Surah pendek yang hanya 2 baris)
  Setelah lancar membaca surah pendek, dia 
  mula beralih kepada surah yang panjang pula.
  Ketika berumur 3 tahun lebih, Darwish telah
  menerima sijil hafazan 30 surah terakhir dari
  Akademi Darul Huffaz.
  Awal umur 4 tahun, Darwish telah mula 
  menghafal surah-surah pilihan.


Ya Allah, bijak sungguh anak ini. Sejujurnya,
saya yang dah 20 tahun ni, belum mahir lagi
MENGHAFAZ Al-Quran. Kalau surah-surah
pendek tu, Alhamdulillah. Rasa malu pon ada
dengan adik ini.huhu~

Takpe2, sama-sama kita jadikan panduan untuk
mendidik adik-adik,anak-anak dan semuaa umat
Islam di luar sana. Ingatlah, Al-Quran itu adalah
satu-satunya pemberian daripada Allah kepada
umatNya. Semua kemusykilan,jawapannya ada
dalam Al-Quran.

Okay,sampai sini sahaja.sehingga kita jumpa lagi.
InsyaAllah, papai~ Assalamualaikum ^.^

No comments: