Blogger Layouts

Sunday, September 16, 2012

16 September



Assalamualaikum :)
Selamat Hari Malaysia untuk semuaaaa warga Malaysia 
cehh,mestilah warga Malaysia takkan warga Jepun,Thailand,India kot? haha
Daripada ihsan Encik Wiki-Wiki mari kita baca macam mana boleh wujudnya Hari Malaysia ni.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Tapi, majoriti dari pada kita semua termasuk saya kadang-kadang tak ambil tahu sangat pasal sejarah ni. hehe yang kita tahu, cuti-cuti dan cuti. Bila dekat tv umum cuti je, terus dah set kalendar dekat laptop, dekat henpong, dekat kertas - CUTI. Tambah-tambah student macam saya ni, cuti tu amatlah penting untuk book tiket bas supaya tak dikebas orang. haha padahal dari Batu Pahat-Melaka je.hehe :P

Akhir kata, selamat sambung bercuti untuk anda semua dan semoga kita dapat manfaat cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti berbloging,berfacebook dan beryoutube 

Assalamualaikum :)

6 comments:

YuNO.nYc2X said...

selamat hari Malaysia :P

Nur Afrina said...

hehe~ selamat sambung cuti esok ! :D

syakirahmn said...

slamat hr mesiaa. best dapat cuti XD

haaa pasal buku seblom aku bernikah tu dkt popular, tak smpai lg stok. but mph ada. :) takpun bli online dkt langit ilahi :)

bku tu mmg best. sbbnya dah baca dh artikel hilal masa dia menulis tu seblom compile jd buku :)

berbaloi utk bli. membuka minda kta

Ropink said...

selamat yac...moga harimu bahagia selalu :)

Nur Afrina said...

oh, okay2. Boleh cari nanti tapi nak tunggu dapat Kad Siswa dulu. Dapat diskaun student.hehe

Betul2,ada terbaca juga dekat fb hilal pasal buku ni.Tu yang tetiba excited nak cari.

Thanks ye :)

Nur Afrina said...

terima kasih :)