Blogger Layouts

Tuesday, October 16, 2012

Adab Menuntut Ilmu

Assalamualaikum :)

Okay, memandangkan sekarang ni tengah mood exam padahal PMR abes dah.huhu jadi saya nak kongsikan dengan anda semua tentang Adab Menuntut Ilmu. Haa, bukan saja makan je ada adab, belajar pon ada jugak. Islam kan syumul (menyeluruh) ;)

Mungkin ada segelintir kita dah pernah tahu mengenai perkara ini masa kat sekolah contohnya kaunselor/ cikgu yang selalu tekankan mengenai perkara ini. Kan? Tapi takpe, saya nak share jugak :D

Kepada ibu bapa, pon boleh juga beri nasihat kepada anak-anak anda tentang adab menuntut ilmu ini. :)

Okay, jom kita baca . . 
___________________________________________________

1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT. 

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." 
[HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.Banyak Sabar

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" 
[HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." 
[Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." 
[Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." 
[Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." 

Wallahua'lam


____________________________________________________



Okay, jadi ada 8 perkara yang kita perlu ambil berat ketika menuntut ilmu. Kalau boleh kita amalkanlah 8 perkara tersebut agar ilmu yang kita peroleh lebih bermanfaat untuk diri kita tidak kita di dunia atau di akhirat nanti.

Perkongsian ini saya peroleh daripada Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

InsyaAllah, semoga dengan perkongsian ini kita semua akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu pelajaran itu :)

Sampai sini saja. Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

6 comments:

Unknown said...

Mat Jo tumpang baca ye

Nur Afrina said...

boleh2~ silakan :)

Unknown said...

mmg tip yg bagus..nak folo cnilah..hihihi..okey..done folo..

Nur Afrina said...

hehe ~ terima kasih! :)

YuNO.nYc2X said...

Usaha dan tawakal :)

Nur Afrina said...

yup2~ betul :D
Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal
hehe :)