Blogger Layouts

Thursday, October 11, 2012

Manusia Ohh Manusia

Assalamualaikum :)

Tadi tengah blogwalking tetiba ternampak Abang Ben Ashaari post entry baru. Pasal kes adik Adam.

Blog Ben Ashaari

Ohh, sebelum itu, sebenarnya saya baru jadi follower blog Abang Ben ni. Suka baca blog dia sebab dia rajin update blog. Terutamanya cerita pasal Qhaliff tu. Haa, memang kadang-kadang saya boleh senyum sorang depan laptop ni bila baca blog dia. huhu

Okay, berbalik kepada entry dari Blog Ben Ashaari. Agak terkejut sebenarnya bila saya baca isi entry tu. Kenapa? Sebabnya . . . . 

Ini saya prinscreen dari Twitter Wardina

Mama Adam yang Wardina maksudkan ialah adik Ahmad Adam Syukri. Mungkin sebilangan besar dari anda sudah tahu mengenai penyakit adik Adam ni. Jika masih ada yang tak tahu, mari saya ceritakan sedikit tentang adik ini.


ADAM lahir secara Vacuum pada 4/3/2012 dan sewaktu kelahirannya,Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan Oksigen.Scan MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang aat teruk.Adam tidaak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin Oksigen untuk terus hidup.

Adam juga perlu bergantung pada mesin Suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.

Doktor Pakar Otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal amat tipis. Doktor Pakar mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai Kematian Saraf Otak.

Gambar adik Adam yang latest

Tapi, yang membuatkan saya terkilan adalah, seharusnya nurse tu tak patut mengeluarkan statement yang kurang sopan macam tu. Sepatutnya nurse tersebut bagi kata-kata semangat dekat ibu Adam. Ni tidak. aduhh~ Sedih bila tahu ada perkara macam ni. :(

Pada saya, semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah hendak menguji hambaNya dengan pelbagai cara. Mungkin ini ujian untuk keluarga Adam. Semakin besar ujian yang Allah berikan dekat kita maka semakin besar sayang Allah pada kita. InsyaAllah. 

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba 
melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]

Kita doakan semoga adik Ahmad Adam Syukri cepat sembuh dan Allah kuatkan hati ibu bapa Adam serta ahli keluarga yang lain. Amin~

Tidak lupa juga, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berikan melalui maklumat berikut:

161136331818( Maybank)
02040007292201(Cimb)

NORAISAH MOHAMAD MALENA,
LOT 432 TAMAN SUSUR JAMBU,
JALAN JAMBU SELATAN,
96100 SARIKEI SARAWAK

Facebook : Ahmad Adam Syukri

“Takutilah kamu doa orang yang dizalimi 
kerana tiadalah sesuatu penghalang 
antara doanya itu dengan ALLAh SWT.” 
(Riwayat Bukhari)

Sehingga kita jumpa lagi. 

Assalamualaikum :)

4 comments:

Nur Nainis said...

Boleh tak kalau saya nak cakap nurse tu bodoh..sorry to say tapi kalau dapat nurse tu saya lucutkan saja jawatan nurse tu..Tak pun, saya tarik-tarik baju dia. tak payah jadi nurse dan yang terakhir tak payah jadi manusia. Eeeee.geram je.

Nur Afrina said...

tu la,rasa macam nurse tu takde hati perut betul. sukahati je cakap macam tu. cuba la bagi semangat/nasihat dekat mama Adam. ish2~ semoga kita dijauhi dari menjadi seperti tu~ :)

Unknown said...

Semoga tabah keluarga adik adam menghadapi dugaan hidup

Nur Afrina said...

InsyaAllah~ :) AMIN !