Blogger Layouts

Friday, October 19, 2012

Suami Aku Ustaz

Assalamualaikum :)

Salam Jumaat yang mulia. Semoga kita mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah~ :D

Okay, harini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang satu novel. Novel apa? Novel . . . . 


Novel ni sebenarnya dipinjam oleh mak daripada rakannya dah saya pon meminjamnya dari mak~ hehe Mula-mula rasa malas nak baca. Tapi memandangkan tajuk novel ni agak menarik jadi saya pon TERbaca lah novel ini. hihi

Dekat bawah ni saya sertakan sinopsis novel.
__________________________________________________________

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
__________________________________________________________

Bagi pendapat saya, novel ni best ! Bukan sebab suami dia ustaz ok? huhu Tapi sebab jalan cerita dia yang tak begitu berat. Selalunya kalau dalam novel mesti ada watak perempuan yang cuba nak hancurkan rumah tangga orang laa / mertua yang tak terima menantu laa dan lain-lain. Tapi dalam novel ni takde pon part macam tu. Cuma sikittttt je. Tapi bab-bab jiwang/romantik/sweeet tu confirm la ada. Sebab itulaa part yang ditunggu-tunggu. Kan? Kan? hihi

Part yang saya paaaling suka dalam novel ni ialah masa ustaz tu bercerita dengan Alisa tentang sejarah Islam dan part-part hadis/nasihat yang diberi dan macam mana ustaz tu bagi contoh yang berkaitan Islam. 

Contohnya, ada satu part tu, Alisa dok layan cerita Korea dan tetiba ustaz tu tegur suruh Alisa ambil pengajaran dari cerita tu. Apa baik buruknya cerita tu. 

Ohh, rasa cair kejap. Mula laa nak berangan kan? Haish. 

PANGG! 

Bangon Afrina ! Asik berangan je. Abes jerawat tumbuh nanti. haha xD

Tapi betul. Saya amat suka baca cerita tentang umat terdahulu. Banyak pengajarannya. Tapi akan lagi suka kalau dengar orang bercerita mengenai perihal tu. Lagi double-triple seronok ! huhu ;) 

*Lepas ni kena membaca cerita sirah dengan lebih banyak.Boleh cerita kat bakal zauj+anak2 kan?* Okay, berangan lagi. hoho

Baiklah, sebelum saya makin berangan dan berangan dan akhirnya jadi buah berangan, adalah seharusnya kita stop sampai sini dulu. Bukan apa, takut panjang sangat cerita, last-last anda semua tak payah beli novel ni sebab saya dah abes ceritakan kat sini. haha

Okay, sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

7 comments:

Faten Johary said...

wahh mesti best . terasa nak beli pulok huhu

Nur Afrina said...

hehe~ amat2 best ! rasanya kalau beli pon tak nyesal lah. hihi :D

OKje said...

tajuknya memang menarik...tapi OKje tak minat nvel sekarang ni afrina....hu...hu..

Nur Afrina said...

laa,kenapa ? OKje busy ea? huhu kita dulu tak minat jugak. tapi dah pengaruh rakan sebaya ni yang terikut jugak ni. hehe

This is true story said...

kte dah ada novel ni...tpi x bca lg..bnyak sngt bli novel..smpai x terbaca

Nur Afrina said...

bestnye banyak novel ! :D takpe2,slow2. nanti abes jugak. hehe

Unknown said...

Kat rumah Mat jo banyak novel, tapi mat jo tak baca pun, lau baca, baca halaman terakhir terus, ahaks