Blogger Layouts

Saturday, November 3, 2012

Kad Siswa dan MPH

Assalamualaikum :)

Pagi-pagi hari Sabtu ni buka blog dan excited nak update entry lagi ! hehe :D Nak cite pasal apa ye? Haa, okay-okay. Saya nak cerita pasal Kad Siswa dan buku.

Kad Siswa? Ape tu? Kad Siswa adalah satu kad yang kerajaan peruntukkan untuk diberi secara percuma kepada semuaaaaaa pelajar IPTA dan IPTS.

Banyak kedai yang membolehkan student guna kad ni. Antaranya A&W, KFC, Marrybrown, kedai buku MPH dan banyak lagi tetapi ada syarat-syaratnya untuk dapatkan diskaun. Contohnya macam KFC, 5% diskaun akan diberikan apabila pembelian tidak melebihi RM20 =.='' tax pon 6% dah.Tapi takpelah. RM1 kalau simpan lama-lama boleh buat rumah batu aw! hehe xD

Okay, berbalik kepada motif utama entry ni. Sebenarnya motif utama saya nak kad siswa ni bukanlah sebab nak dapat diskaun untuk kedai makan sangat tapi saya nak dapat diskaun kat kedai buku ! Yeahh~ Kedai buku yang menjadi pilihan hati ialaaaahhh . . . . .


MPH ! MPH ! MPH ! hehe :D

Jadinya masa minggu lepas, parents saya pergi shopping barang dekat Mydin ehh! Mydin pon boleh dapat diskaun tau.Tapi barang makanan tak boleh.huhu T.T. Saya pon mengambil keputusan nak pergi kedai buku MPH yang terdapat dalam Mydin tu. 

Dengan begitu bersemangat saya masuk. Dengan tekad yang satu iaitu nak cari buku-buku idaman hati. Cewahh~ hihi. Setelah hampir setengah jam pusing-pusing dalam tu, dan akhirnya saya dapat 'mencuri' tiga buah buku ! hoho. Lama kan? Kalau tak nak lama lagi. Tapi . . . . . .

Tapi, ada satu buku yang saya nak cari sangat takde jual dekat MPH tu. Okay, sedih dah :( Puas dah pusing-pusing-pusing lagi. Doa dalam hati, harap-harap jumpa buku tu.huhu Dan saya buat keputusan nak tanya cashier kat kaunter tu. 

"Nak tanya, buku Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna ada tak?"

Akak tu check dalam komputer, dan dia tanya semula,

"Siapa penulisnya ye?"

Saya pon ..

"Alamak ! Tak ingat la pulak"

Dan cashier tu jawab,

"Buku tu takde laa dik"

Okay, ini silap saya. Sedih T.T. Time tu rasa nak online, lepas tu google nama penulis buku tu ! huhu >.<

Lepas tu saya tanya lagi,

"Err, buku sebelum aku bernikah ada? Hilal Asyraf tulis."

Dan dia menjawab,

"Ada ! Okay,hati bunga-bunga dah.hihi 
Tapi buku tu ada kat booth luar."

Booth luar ye. Baiklah. Lepas saya ucap terima kasih kat cashier tu, saya pergi round lagi sekali berapa banyak round daa.huhu dan dengan tiga buah buku di tangan, saya membayar buku tersebut dan jeng-jeng-jeng ... Keluarlah kad siswa dari dompetku ini~ haha

Dekat bawah ni ada tiga buah buku yang saya beli :)




Masa tengah bayar tu, mak call.

"Ada kat mana tu? Kitaorang nak keluar dah ni. 
Ada kat kaunter. Tengah nak bayar"

Saya : "Haa,siap dah. Tengah bayar ni"

Dalam hati masa tu, Allah je tahu. Sebab takut tak sempat nak cari buku yang kat booth luar tu. Cepat-cepat saya keluar dari MPH dan menuju ke booth luar. Cari punya cari punya cari akhirnya ! Mission Success ! hehe. 

Rasa macam nak lompat-lompat kat situ sebab dapat jumpa buku tersebut. Memang payah nak cari buku ni. Itu pon rakan yang bagitahu buku ini hanya ada kat MPH je. huhu Dan seperti biasa, round-round pulak kat booth luar. haha

Tetiba saya terpandang satu buku, buku yang tetiba buat saya jatuh hati limpa,paru-paru dan jantung. Tapi tengok harga dalam RM60 lebih. Okay, kena hold dulu. Bajet takde dan mungkin kerana buku ni berkulit tebal. Sebab tu agak mahal. huhu 

Ini bukunya yang kena hold dulu tu. :)
Harap-harap ada kawan yang belikan buku
ni. As a present! haha
Dan saya sambung round lagi. hehe. Akhirnya saya pergi ke kaunter dengan membawa buku yang paling diingini dan dikasihi.*Eh?* 

Jeng-jeng-jeng. Inilah bukunyaaa! :D

Dekat booth luar ni tak boleh guna kad siswa sebab memang dah diberi less. Tak kesah lah, asal saya dapat buku ni semua ! Yeay ;)

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Hati melonjak kegembiraan dan bibir tersenyum lebar. Rasa puas hati sangat dan gembira tak terkata. hehe Walaupun ada buku yang tak jumpa, tapi Alhamdulillah~ Masih ada buku yang saya dapat jumpa.

Orite, kena berhenti menaip dah ni. Sangat panjang pula entry kali ni. huhu.

Sehingga jumpa lagi.

Ohh, lupa. Andai kata anda ada buku yang nak disuggestkan pada saya tak kira buku jenis islamic  macam ini atau novel ke. Haa, bagitahu ye. Boleh saya cari nanti. hehe. Terima kasih ^.^

Assalamualaikum :)

2 comments:

encikHati said...

hehe...bgus2...suka membaca ek...nampak best novel2 tuh...kalo ade mase nk try cri gk la..he

Nur Afrina said...

:Hati Ku Terusik: hehe~suka :D kita dah baca sikit buku2 tu.setakat ni best! :) cari jangan tak cari.hehe