Blogger Layouts

Thursday, November 15, 2012

Pray For GAZA - !! MUST READ !!

Assalamualaikum :)

Pertama sekali saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua rakan blogger. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan masih berkesempatan untuk menghayati keindahan bumi Allah ini :)

Bangun pagi tadi, bila buka facebook terus ternampak post ni ..

Gaza diserang lagi !
Angka korban semakin meningkat,
serangan dipercayai antara rancangan pemerintah 
Israel mencari modal sokongan sebelum 
Pilihanraya Israel yang dijangka akan 
diadakan pada bulan Januari 2013.

Terbaru, serangan yang berlarutan 
selama tiga hari memakan nyawa 
adik Biro Politik HAMAS Mahmoud Zahar; 
Ahmed Al-Jaabari.

Doa kalian umat Islam khususnya dipinta, 
mereka merancang Allah perancang 
dan rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.

Share untuk sebaran ! 
tidak sehina itu nyawa saudara
 kami dibunuh sesuka hati!

_____________________________________________

RECENT NEWS: 
Sumber Hebrew menukilkan dari komander 
tentera zionis menjangkakan serangan-serangan 
roket akan berterusan sehingga waktu siang. 
Menurut beliau lagi, pihak tentera 
telah memindahkan tentera simpanan, 
kereta-kereta kebal dan jentera perang, 
jentolak dari jenis D9, logistik kejuruteraan 
dan senjata berat ke sempadan Gaza. 

Unit tempur Gaza bersiap siaga 
sepanjang pagar keselamatan bimbang 
anggota-anggota jaringan pengganas 
melepasi pagar tersebut, menurut komander itu. 
Begitu juga telah bersiap sedia di 
sempadan Sinai, Mesir kerana 
khuatir dari sudut ini digunakan 
untuk operasi balas dendam.
_____________________________________________

RECENT NEWS: 
Menurut sumber hebrew, 
Naom Shalit bapa kepada Ghilat Shalid 
(tentera zionis yang telah ditawan di Gaza) 
berkata kepada siaran TV Israel, 
' sy sgt gembira dengan kematian Al-Ja'bari'.

“Dan jangan sekali-kali kamu mengira 
bahwa orang-orang yang gugur 
di jalan Allah itu mati; 
sebenarnya mereka hidup, 
di sisi Tuhannya mendapat rezeki.” 
(QS Ali Imran: 169)
___________________________________________

Allahuakbar ! Tersentap hati bila baca post ni T.T Sekarang ni dekat wall facebook, ramai rakan yang post gambar tentang keadaan kat sana. Antaranya ialah ..


Kanak-kanak kecil yang cedera di
Hospital As-Syifa, Gaza City.
Live from As-Syifa Hospital, Gaza. T.T
Bekalan perubatan dan darah semakin berkurangan
di Hospital. Mereka memerlukan bantuan kita.
Sejak semalam anggaran kasar yang dibuat,
pesawat-pesawat zionis telah melancarkan lebih
80 serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Live Chat dari Gaza:
Setiap bom yg jatuh.
Beliau terpaksa menenangkan anak-anaknya.
Allahuakhbar. Moga Allah hadirkan kekuatan buat mereka!

LATEST PHOTO: Bayi kecil berusia 5 bulan,
Fuad Hararah mengalami kecederaan akibat
pengeboman Israel di As-Shujaieyah pada jam
05:30 pagi ini.

Begitulah sedikit sebanyak info yang latest boleh saya kongsikan untuk anda semua. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lihat dan baca di Facebook Aqsa Syarif

Ya Allah ! 
Kau lindungilah rakyat Islam yang berada di sana. 
Jika mereka terkorban, 
maka ditempatkan mereka di sisiMu. 
Mereka adalah para syuhada yang berani 
menegakkan Islam walau terpaksa 
berkorban apa saja. 
Turunkanlah bala terhadap zionis 
laknatullah itu Ya Allah!
Berikan pengajaran kepada mereka !
Sesungguhnya Islam adalah agama yang kuat.
Amin Ya Rabbal A'lamin
Allahuakbar ! :(

Jangan lupa baca Qunut Nazilah dalam solat-solat kita!
Ya Allah selamatkanlah saudara2 ku di Palestin,
Syria, Arakan dan seluruh dunia!
Engkaulah sebaik-baik tempat kami bergantung..T.T
Kongsikan perihal ini dengan rakan-rakan yang lain. Teruskan berdoa untuk saudara kita di sana.

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

6 comments:

Nur Nainis said...

sedih sangat tengok keadaan dekat sana..kejam sangat-sangat..tadi tengok dekat berita 1:30..mengerikan cara dia bom kereta Ja'bari tu. Sedihnya..Barack obama kata, dia tak boleh buat apa-apa, sebab itu ada tindakan mepertahankan diri daripada serangan gaza ke atanya..seolah-olah dia memihak kepada pihak israel. Jangan kejam dunia.

Nur Nainis said...

*sangat kejam dunia.

OKje said...

Hish.....bersyukur kita di Malaysia....doa keamanan untuk GAZA

nanieydotcom said...

:( pray for gaza..
tahun baru ni kite dgr berita sedih mcm ni plak...

Slm maal hijrah

me is aku said...

hopefully semuanya akan ok. insyaAllah

Nur Afrina said...

:Nurul Aini: em,sangat kejam! ya Allah,semoga kita tak menjadi seperti mereka yang kejam tu.

:hainom OKje: amin! Alhamdulillah negara kita aman~

:nanieybarnieylurviey: salam maal hijrah.semoga tahun baru ini memberikan sinar baru kepada saudara kita di Gaza.amin! :)

:me is aku: insyaAllah.sama2 kita doa :D