Blogger Layouts

Wednesday, November 7, 2012

Sedikit Pembahruan

Assalamualaikum :)

Kali ni punya entry adalah untuk share dengan anda semua tentang apa yang saya dah buat dalam masa tiga hari ni. hehe. Tak kira! Nak cite jugak.

Perkara pertama sekali yang saya buat adalah dengan blogwalking blog semuaaaaaa orang yang saya dah follow.huhu Amat banyak sekali. Ada dalam 250 blog yang saya terjah. Dan kalau anda perasan saya akan tinggalkan jejak dekat shoutbox/chatbox anda seperti ....

jalan2 :D

singgah :)

dan lain-lain lagi~ Tapi tak bermakna saya tak baca entry terbaru anda semua ye! :) tapi yang panjang sangat tu saya baca skip-skip sikit.hehe Dan dengan 'aktiviti' seperti inilah saya dapat banyak input untuk saya menambahbaik blog smurfs ni. Seriously ! Blog anda semua sangat cantik >.< okay.cemburu ni.huhu

Baiklah, memandangkan ramai banyak blog yang saya dah follow, jadinya, saya buat sikit pembahruan dekat bloglist saya. Jika sebelum ni saya campur semua blog dalam satu bloglist sekarang ni saya dah asing-asingkan ikut group. Ini adalah perkara kedua yang saya lakukan.

Fuhh~ ini adalah kerja yang memenatkan kerana saya perlu buka blog setiap orang satu per satu sebabnya nak tahu owner blog tu lelaki atau perempuan dan juga pengisian pada blog tersebut. Habis penuh satu kertas A4 tu sebab tulis detail untuk setiap blog tu. huhu -.-

Dan hasilnyaa ... Saya dah berjaya membuat bloglist baru ! Yeayy :D 

Tapi ada satu perkara yang menerjah di fikiran *cewah* 

"Andaikata dalam satu bloglist tu ada 100 blog, 
dan saya buat button 'show all' dekat setiap bloglist tu, 
semestinya bloglist saya akan lebih 
panjang-panjang dan panjang. 
Itu baru satu bloglist. Kalau ada 2? 3? 
OH NO ! =.='' Macam mana ni? ''

Tiba-tiba saya terfikir lagi ...

"Haaa~ Kan boleh buat scroll dekat bloglist tu"

Okay, perkara ketiga ialah cari tutorial untuk buat scroll ! Saya google-tanya kawan-dan google lagi akhirnya Alhamdulillah. Jumpa juga tutorialnya dekat SINI :)

Hasilnya, anda boleh lihat sendiri dekat tepi tuu. hehe ^.^ InsyaAllah, lepas ni boleh laa saya terjah blog anda semua selalu ye.

Perkara keempat ialah memandangkan saya blogwalking ke blog anda, jadi ada Geng Smurfs baharu dah memfollow semula saya. Jadi, sekarang ni saya perlulah follow semula Geng Smurfs yang baharu tu dan masukkan mereka dalam bloglist saya. :D

Apa-apa pon, terima kasih kepada anda semuaaaa sebab sudi follow Blog Smurfs ni :) Walaupun tak cecah 200 pon, tapi tetap bersyukur. Paling tidak ada juga kawan di alam maya ni kan? hehe

# Kalau blog anda takde dalam bloglist saya, bagitahu ye? 
Mungkin saya terlepas pandang. Maafkan saya :')

Okay,sehingga jumpa lagi !

Assalamualaikum :)

7 comments:

hainom OKje said...

Rajinnya Afrina.... OKje pun nak buat yg scroll2 tu.....tapi nanti-nantilah kalau free pas ni nak gosok baju pulak!.... hee..he...

Awana Suzanna said...

wahhh rajin nyee menerjah satu ke satu blog.... hehehe... teruskan k... baru ramai dtg comment and follow.. kena rjn comment skali baru stp entri kita pun ramai yg comment.. ^^

norhafizahalias said...

wahh.. rajinnya dia.. hehe..


anyway, keeps on blogging dear.. :)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhhh sungguhhhhh rajinnnn like like like

Nur Afrina said...

:hainom Okje: hehe~memang ambil masa nak buat scroll ni.maklumlaa,kita ni tak reti bab2 camni sangat.hehe

:Awana Suzanna: insyaAllah~lepas ni akan rajin lagi ! hehe

:norhafizahalias: semestinya! :D seronok berbloging rupanya.

:Mak Dara: tengah time rajin,memang macam2 nak buat.huhu

C'Jai said...

terima kasih singgah blog akak..akak pun baru siap buat blog list tau..sbb sebelum ni takde blolist...

Nur Afrina said...

:C'Jai: hehe~yeay!kita sama :) tu laa,kalau ada bliglist ni senang sikit nak blogwalking mana2~kan? :D