Blogger Layouts

Tuesday, December 25, 2012

Disebalik Batu Pahat-Kangar

Assalamualaikum :)

Kali ni saya nak kongsikan dengan anda semua pengalaman saya sepanjang 12 jam dalam bas. Dari mana nak ke mana ? Haa, dari Batu Pahat nak ke Perlis ! Woww ! :D 

Sejujurnya, ini adalah kali pertama saya naik bas untuk berjalan jauh dan yang lebih penting lagi ialah seorang diri ! Ya, seorang diri ! >.<'' 

Mungkin bagi sesetengah orang dah biasa dah balik jauh-jauh. Tambah-tambah siapa yang belajar kat selatan, kampung kat utara or pantai timur. Tapi bagi saya, ini adalah pengalaman yang paling tak dapat dilupakan ! hehe 

Okay, ceritanya bermula begini .....

Hari Selasa (18/12/2012) saya minta tolong kawan untuk belikan tiket untuk ke Kangar. Saya beri segala detailnya seperti tarikh, masa dan bas.

Hari Rabu (19/12/2012) dapat tiket dari kawan. Haa, ni diaa ..


Sangatlah excited bila dapat tiket ni. Selalunya tiket Batu Pahat-Melaka. Tak pon Melaka-Kluang. huhu
Dan 1st time jugalah kena bayar tiket mahal untuk ke sana. Sekarang baru saya faham kenapa kawan-kawan yang duduk sana jarang nak balik kampung. hehe 

Rabu malam tu lepas solat maghrib, saya minta tolong housemate untuk hantar ke terminal bas Batu Pahat. On the way tu, kawan saya wish, 

"Selamat berjalan jauh dan selamat sakit pinggang". haha

Tetiba rasa gerun pulak bila dia cakap camtu. huhu

Sampai saja kat terminal dalam jam 8.20 malam, saya terus ke surau untuk solat Isyak. Selesai solat Isyak, saya tunggu bas semula dan pada ketika itulah terlintas dalam fikiran saya ...

"Eh, naik bas ni nanti confirm-confirm sampai pagi esok 
dalam jam 8 or 9 pagi. Camne nak subuh ni? =.='' 
Kena solat subuh sekarang atau qada' 
masa dah sampai sana nanti? 
Alamak! Kena tanya orang ni .."

Serius ! Rasa macam ...

"Arghh ! Kenapa laa tak google dulu pasal 
benda ni or tanya kawan-kawan 
yang selalu jalan jauh >.< "

Memandangkan bas pon dah sampai, jadi saya naik bas, cari tempat duduk dan kembali fikir tentang masalah solat subuh tu lagi. huhu 

Dan saya terdetik untuk mesej kawan yang tahu pasal perkara ini. Haa, jom ikuti mesej kami.. *cewahh* hehe

Saya : Salam,omar. Busy tak?

Sejam selepas itu .....

Omar : Wslm,x nape?

Saya : Nak tanya. Kita nak ke utara ni. 
Then tentu2 lepas Subuh baru sampai kan?
Bila ea nak solat subuh?
Sebelum gerak or dah sampai nanti? huhu

Omar : Omar rasa sempat sampai Subuh kot. 
Biasa Bp-utara dalam 7,8jam macam tu..
Hmm,bas yang afrina naik tu,berhenti tak 
solat subuh..Kalau tak berhenti,
afrina solat hormat waktu..
Tau x solat hormat waktu ape? 
Kalau tak tahu omar boleh tolong explain..
Maaf lambat reply td sbb p surau,so xbwk hp..

Saya : Tak sure berhenti ke tak.
Baru 1st time ni.huhu haa,apa 
kata terangkan psl solat hormat waktu tu..

Time ni rasa, haa.. padan muka ! Taknak study dulu pasal solat hormat waktu ni dulu T.T wuu~

Omar : Ok camni,andai kata bas tu taknak 
berhenti solat subuh walaupon dh 
disuruh oleh penumpang2 lain..
Jadi, afrina buat solat hormat waktu..
Solat hormat waktu ni adalah solat 
seperti biasa mengikut situasi masing2..
cth,ketika afrina duduk di kerusi bas..
Kat kerusi tu lah afrina solat 
dlm keadaan duduk wlaupun tak berwuduk.
Buat macam silat biasa..

Saya : Oo,okay.Niat pon macam biasa ea? 
Lepas tu,nanti dah sampai destinasi, 
kena qada' balik ke solat subuh tu?

Omar : Yes, that right ;) 
Nasib baik afrina sebut tentang qada' tu,
omar lupa nak sebut tadi. hehe :P 
p/s; jgn solat berdiri sudah kat dlm bas tu.. 
:D hihi So, dah faham kan?

Saya : Haha,solat berdiri ok lagi. 
Dibuatnye solat berdiri,
paztu pakai telekung pulak kan? 
Lagi haru.hehe yup, faham dah :D 
Jazakallah khairan. 
Maaf ye gngu.
tak tahu nak tanya sape.huhu

Omar : Haha3..Betul tu :D 
waiyyakum..Tak gngu pun. 
Omar pun bukan byk ilmu sangat pun,
just share apa yang tahu je :) 
Rabbuna yusahhil 
(semoga dipermudahkan urusan) :)

Saya : Hehe. InsyaAllah :)

Rakan saya ni adalah classmate saya sendiri. Dia memang akan bahasakan diri dengan sebut nama. Jarang dengar dia sebut 'kau' 'aku'. huhu :)

Dan lepas tu saya tiduuuurr dengan lena sehinggalah jam 6.20 pagi, Alhamdulillah ! Bas tersebut berhenti untuk solat Subuh ^.^

Saya tiba di Kangar pada jam 9.00 pagi. Fuhh~ 12 jam dalam bas dan syukur Alhamdulillah sebab tak sakit pinggang macam yang kawan saya mesej tu. hehe :D

Okay, itu saja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua terutamanya yang nak travel jauh-jauh tu. 

Saya pon tak mahir sangat pasal bab-bab sebegini. Jadi, rujuklah kepada yang lebih pakar. hehe 

Jumpa lagi.

Assalamualaikum :)

8 comments:

hainom OKje said...

OKje paling jauh naik bas gi Kelantan...masa zaman belajar dulu... Seronok tau sebab ngan kawan-kawan he..he...
Buat apa sorang2 gi sana Afrina?

C'Jai said...

satu lg situasi yg blh kita gunapakai solat hormat waktu ni ketika dlm flight.... Dalam flight susah nk dapatkan air untuk berwuduk, jadi kita dibolehkan solat untuk menghormati waktu , jika waktu solat dah masuk...

Nur Afrina said...

:OKje: pergi sebab ayah ada kursus kat sana. Family semua dah pergi sana awal. Jadinya,time tu saya pula cuti lama.Saja decide nak naik bas ke kangar. hehe :D seronok!

Nur Afrina said...

:C'Jai: yup! betul tu :)

P.A. said...

nape xrojer awai2...??kalu tak boleh kite dating2...sy kan org Perlis...hehehe apapun TQ sbb sudi dtg ke Perlis...ada kelapangan nnt dtgla lagi yer ...:)

Miss Zahirah said...

ermm.. sorg2 dri batu pahat ke kangar?
sumpah miss x brani.. hahaha

Nur Afrina said...

:P.A.: hehe,sebenarnya tu plan last minit nak pergi sana.beli tiket tu pon tawakal je harap2 ada.huhu insyaAllah! ada kelapangan,saya pergi sana lagi. Perlis sangat cantik! :D

Nur Afrina said...

:Miss Zahirah: yup,sorang2. tanpa kawan,tanpa family! huhu mula2 tu takut jugak tapi beranikan diri. hehe :D