Blogger Layouts

Sunday, November 27, 2011

Hijrah - Sila Fahami .


Assalamualaikum , hye! ^_^
Ehem . Ehem . Ehem .
testing suara .. huhu ~.~''
okay2 , sebenarnya nak ucapkan
SALAM MAAL HIJRAH 1433
kepada seeemuuuaaaaaaaa
umat Islam di dalam dunia ni..
*ceh~ macam satu dunia baca
blog saya ni kan? huhu >.<''
takpe-takpe , tetap na wish jugak.. :P

semalam , saya keluar jalan-jalan
dengan family .. makan-makan ..
* MAKAN? ohh my ! hehe biarlaa ..
gemok pon gemok laa .. :P
then , ondaway balik rumah ,
pasang radio SINAR FM .. wahhh!
ala-ala jiwang gitu kan? ;) hehe
tetiba berkumandanglah lagu ni ..
saya sertakan juga lirik lagu ni kat bawah.. :)



Tajuk Lagu : Al Ajiba
Lirik :
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

okay , itu lagunya .. bila dengar lagu
ni semalam , tetiba macam nak nges
je .. :'( sayu sangat ..kenapa?
em , entahlah .. sayu , takot-takot
ta sempat dengar lagu ni lagi .. :(

bila hayati betul-betul lirik dia ,
saya dapat rasakan betapa banyak
dugaan / rintangan yang umat Islam
zaman dahulu hadapi ..pengorbanan
Nabi Muhammad s.a.w , Muhajirin
dan Ansar dalam mengembangkan 
ajaran Islam ..

saya ceritakan sikit ye kawan-kawan ..

Apa itu Muhajirin ?
Apa itu Ansar ?

Muhajirin ni adalah penduduk
asal Mekah , yang bersama-sama
Rasulullah untuk berpindah ke Madinah..

Ansar pulak ialah penduduk
Madinah yang beragama Islam ..Mereka
terbahagi kepada dua kaum iaitu Aus
dan Khazraj ..


Bagaimana mereka disatukan?

Rasulullah telah memperkenalkan
SISTEM SAUDARA ANGKAT ..
maksudnya , setiap Muhajirin akan
mempunyai saudara angkat dari
golongan Ansar ..


Apa pengorbanan mereka?

Pengorbanan untuk Muhajirin ialah
mereka sanggup meninggalkan keluarga ,
harta benda dan tanah air demi menyahut
seruan hijrah..Mereka juga sanggup
menggadai nyawa dan mengharungi
pelbagai dugaan semasa berhijrah ..
Seterusnya , mereka menghadapi
kesusahan dan keperitan hidup
apabila tiba di Madinah .. 


Untuk golongan Ansar pula ,
mereka menghulurkan bantuan tenaga ,
harta dan tempat tinggal kepada Muhajirin..
Pengorbanan yang saya rasa paling tak
sanggup / tak terdaya kita nak buat ialah
pihak Ansar sanggup menawarkan isteri
dan anak-anak untuk dikahwini oleh
Muhajirin ..Mereka juga memberikan 
perlindungan serta bersama-sama dengan
orang Muhajirin untuk menyebarkan agama
Islam ..


itu sedikit sebanyak tentang hijrah yang boleh
saya kongsikan dengan kawan-kawan .. :D
jika zaman sekarang ni kita tak mampu berhijrah
untuk menyebarkan Islam , tapi kita boleh berhijrah
secara kecil-kecilan untuk diri kita sendiri .. 

berhijrah daripada melakukan 
perkara buruk kepada yang baik ,
dan daripada perkara baik , 
kepada yang lebih baik ..
begitu lah seterusnya .. insyaAllah , kalau kita ada niat
untuk berubah , ALLAH akan sentiasa membantu
kita dan permudahkan perjalanan hidup kita .. :)

okay , sampai sini sahaja ..
sehingga jumpa lagi ,
papai~ Assalamualaikum ^_^


No comments: