Blogger Layouts

Tuesday, March 27, 2012

4 Cara Bermimpi Rasulullah .


Assalamualaikum , hye ! ^.^
harini saya nak share dengan korang pasal satu video ni ..

Video ni saya dapat dari  facebook Layar Minda ..
Jom kita tengok sama-sama ~


Memandangkan cara ustaz ni cakap mungkin
terlalu cepat dan korang tak sempat nak
baca subtitle kat bawah tu.. Kat bawah ni
saya dah listkan 4 cara tersebut ..

1. Banyak berselawat ke atas baginda s.a.w 
 ( 300 kali pada waktu pagi dan petang )
 " Allahumma solli ala saidina muhammad wa 
 'ala alihi wa sohbihi wasalim tasliman "



2. Mengagungkan sunnah baginda seperti 
 akhlak dan tingkah laku baginda dan segala 
 rupa bentuk kehidupan baginda 
 ( contoh : baginda selalu mendahulukan yang
 kanan dalam setiap perbuatan )
 " Rasulullah tidak ketawa yang melampau,
 tapi banyak senyum .. Baginda tidak bermasam 
 muka dan berkerut wajahnya "


3. Khidmat kepada umat baginda.
 " Hendaklah kamu hidup dengan selalu 
 berfikir untuk khidmat kepada orang lain,
 jangan hidup dengan keangkuhan ..
 Berkhidmat kepada semua orang dan bukan 
 kepada muslimin sahaja "


4. Menyebarkan dakwah baginda. 
 " Jiwa mestilah sentiasa cinta akan Rasulullah 
 dan melakukan apa yang baginda utamakan "


InsyaAllah , jika kita mengamalkan keempat-empat
cara tersebut ,dengan izin Allah , kita dapat
melihat Rasulullah s.a.w .. :)

Dalam video ni jugak ada diberitahu beberapa jenis
buku yang boleh kita baca agar kita dapat dekatkan
diri dengan peribadi baginda ..

1 . Berkaitan sirah baginda 
 ( seperti buku Ibnu Hisyam , dll )
2. Tentang sifat akhlak bentuk Rasulullah 
 ( Syamail Muhammadiah )
3. Mengenai keistimewaan Rasulullah 
 ( yang Allah berikan kepada baginda )

InsyaAllah , rasanya itu saja yang saya dapat kongsikan
daripada video tersebut ..Kalau ada tersalah / tertinggal ,
harap dapat betulkan saya .. :D


Sampai sini sahaja , sehingga jumpa lagi ~
papai , Assalamualaikum ^.^

No comments: